Faktor yang mempengaruhi prestasi lompat jauh

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi prestasi jarak lompat jauh dalam

kalangan pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Perguruan Rajang,

Bintangor. Subjek kajian ad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chula Bina
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9922
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi prestasi jarak lompat jauh dalam

kalangan pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Perguruan Rajang,

Bintangor. Subjek kajian adalah seramai 37 orang yang terdiri daripada 21 orang pelajar lelaki dan

16 orang pelajar perempuan. Data kajian diperolehi melalui pengukuran berat badan dan ketinggian,

ujian duduk dan jangkau, ujian lompat jauh berdiri, ujian lari pecut 30 meter dan ujian lompat jauh

untuk mendapatkan berat badan, ketinggian, fleksibiliti, kuasa kaki, kelajuan dan prestasi lorn pat

jauh. Analisis korelasi Pearson's product moment digunakan untuk mengetahui nilai pekali

korelasi antara prestasi lompat jauh dengan setiap faktor yang diramalkan mempunyai pengaruh ke

atas prestasi lompat jauh yakni fleksibiliti, kuasa kaki, kelajuan, berat badan dan ketinggian.

Dapatan kajian menunjukkan berat badan, ketinggian, kuasa kaki, dan kelajuan mempunyai korelasi

yang signifikan dengan prestasi lompat jauh bagi keseluruhan subjek. Fleksibiliti didapati tidak

mempunyai perhubungan yang signifikan dengan prestasi lompat jauh walaupun diramalkan sedemikian.

Analisis yang berasingan bagi setiap jantina menunjukkan sedikit perbezaan walaupun kuasa kaki dan

kelajuan masih menjadi faktor yang mempengaruhi prestasi lompat jauh. Hasil kajian menunjukkan

bahawa berat badan hanya mempunyai pengaruh ke atas prestasi Iompat jauh bagi subjek lelaki. Faktor

ketinggian dan fleksibiliti tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi lompat jauh

bagi subjek lelaki mahupun perempuan. Kesimpulannya, kuasa kaki dan kelajuan merupakan dua faktor

utama yang mempengaruhi prestasi lompat jauh bagi kedua-dua jantina. Selain daripada itu, faktor

yang mempengaruhi prestasi lompat jauh adalah berbeza antara jantina. Dicadangkan agar kajian

lanjut perlu dilakukan ke atas faktor lain yang boleh mempengaruhi prestasi lompat jauh contohnya

komponen kecergasan dan kemahiran motor.