Tahap penguasaan pengetahuan jurulatih pemainan bola baling dalam kalangan guru-guru sekolah menengah

Tujuan utama penyelidikan ialah untuk mengkaji tahap penguasaan pengetahuan jurulatih permainan

bola baling dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di Sarawak sama ada jurulatih yang bertauliah

mahupun jurulatih y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salmi Lilek
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9931
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan utama penyelidikan ialah untuk mengkaji tahap penguasaan pengetahuan jurulatih permainan

bola baling dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di Sarawak sama ada jurulatih yang bertauliah

mahupun jurulatih yang tidak bertauliah. Kajian merangkumi aspek penguasaan pengetahuan kemahiran

dan undang-undang dalam permainan bola baling. Penyelidik juga mengkaji tentang pengaruh gaya

kepimpinan dan pengunaan program latihan oleh jurulatih bertauliah dan tidak bertauliah bagi

memastikan kejayaan pasukan di bawah bimbingan mereka. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental

ke atas sampel. Soal selidik, temuramah dan penyeliaan digunakan untuk mengumpulkan data

penyelidikan. Kajian ini juga melibatkan 28 orang pemain bola baling wanita sebagai sampel bagi

mengumpul data berkaitan gaya kepimpinan jurulatih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, jurulatih

yang bertauliah mempunyai tahap penguasaan pengetahuan yang tinggi terhadap kemahiran dan

undang-undang dalam permainan bola baling berbanding jurulatih tidak bertauliah. Hasil dari

keputusan pertandingan yang disertai oleh kedua-dua pasukan yang dibimbing oleh jurulatih

bertauliah dan tidak bertauliah mendapati bahawa pasukan yang dibimbing oleh jurulatih bertauliah

berjaya menduduki tempat ketiga berbanding pasukan yang dibimbing oleh jurulatih yang tidak

bertauliah gagal untuk mendapat sebarang tempat dalam pertandingan yang telah disertai oleh kedua

dua pasukan yang dikaji. Nilai signifikan penguasaan pengetahuan kemahiran ialah p=.000, sementara

penguasaan undang-undang menunjukkan nilai p=.004. Bagi nilai signifikan p=.928 untuk kepimpinan

demokratik, p=.032 untuk kepimpinan autokratik dan kepimpinan lassier-faire p=.562. Manakala untuk

program latihan jurulatih bertauliah dengan jurulaih nilai p= .486. Perbezaan ini menunjukkan

bahawa hipotesis nu! untuk tahap penguasaan kemahiran dan undang-undang ditolak, manakala gaya

kepimpinan dan program latihan hipotesis nu! diterima. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya

kepimpinan demokratik dapat membantu meningkatkan pencapaian pasukan bola baling berbanding gaya

kepimpinan autokratik dan lassier-faire. Jesteru itu, jurulatih perlu mempunyai tauliah untuk

membimbing pasukan bola baling dan menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan pemain yang

di latih agar kejayaan dapat dicapai.