Perkembangan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Kedah 1956-1987

Penyelidikan ini berkaitan dengan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Kedah

1956-1987. Kajian mengenai ilmu persilatan sememangnya banyak dilakukan oleh

penyelidik dahulu namun kajian mengenai organisasi silat yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Azannudin Mohd Ashari
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9932
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Penyelidikan ini berkaitan dengan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Kedah

1956-1987. Kajian mengenai ilmu persilatan sememangnya banyak dilakukan oleh

penyelidik dahulu namun kajian mengenai organisasi silat yang wujud di Kedah

masih tidak menyentuh khususnya tahun yang dipilih oleh penyelidik. Kajian ini

dilakukan bagi melihat organisasi pertubuhan yang terkenal iaitu Persatuan Seni Silat

Pusaka Gayong, Kedah dalam mengorak langkah memperkembangkan institusi silat

kepada masyarakat. Kaedah yang digunakan adalah secara Kualitatif. Penyelidik

mendapatkan data menerusi temubual bersama ahli keluarga serta ahli pertubuhan

Seni Silat Pusaka Gayong bagi mencerap butir-butir dokumen mengenai pertubuhan

yang ada. Selain itu, kaedah perpustakaan juga digunakan dalam kajian tesis ini.

Kajian ini juga mendapati bahawa Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Kedah

sememangnya mempunyai cara tersendiri dalam menyebarkan ilmu tersebut kepada

masyarakat dan merapatkan ikatan antara ahli dan masyarakat seperti menggunakan

sukatan pelajaran khas. Pengkaji telah meneliti latar belakang pertubuhan, peraturan

dan perundangan, penglibatan ahli dan masyarakat serta kesan penubuhannya. Hal ini

menunjukan bahawa perkembangan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Kedah ini

dapat dilihat apabila setiap perguruan di cawangan yang wujud diberikan mandat

untuk mengajar ilmu tersebut kepada masyarakat setempat dengan adanya sijil

pendaftaran pertubuhan dengan Persekutuan Kebangasaan Silat Malaysia (PESAKA).

Kesimpulannya, dengan adanya Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Kedah,

masyarakat dapat pelbagai manfaat dan keharmonian sejagat terjaga. Kesannya,

masyarakat mendapat pendidikan dalam membentuk keperibadian seperti undangundang

agama dalam kehidupan.