Hubungan antara francaisor-francaisi dan kejayaan perniagaan francais di Kuala Terengganu, Terengganu

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat hubungan antara francaisor- francaisi dan kejayaan

perniagaan francais di Kuala Terengganu, Terengganu. Kajian ini juga dilakukan kerana sehingga

kini didapati masih tida...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asiah Mohamad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9971
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat hubungan antara francaisor- francaisi dan kejayaan

perniagaan francais di Kuala Terengganu, Terengganu. Kajian ini juga dilakukan kerana sehingga

kini didapati masih tidak banyak kajian berkaitan tajuk ini dilakukan, khususnya di Malaysia. Di

dalam perniagaan francais, adalah penting untuk francaisor dan francaisi menjaga hubungan yang

wujud di antara mereka. lni kerana, walaupun berlaku peningkatan dalam penglibatan usahawan di

dalam bidang ini, tidak kurang juga mereka yang menemui kegagalan dalam mencapai matlamat mereka.

Terdapat enam jaktor yang telah dikenalpasti menjadi penyebab kepada kejayaan sesebuah perniagaan

francais. Faktor- faktor tersebut terdiri daripada faktor latihan (sumber manusia), hubungan

francaisor- francaisi, produk atau perkhidmatan, lokasi, pemilihan francaisor dan komitmen yang

diberikan francaisi terhadap perniagaan mereka. Perniagaan francais mula memasuki Malaysia pada

tahun 1940-an. Namun ianya masih dianggap baru berbanding negara USA. Populasi kajian adalah semua

pengusaha perniagaan francais di seluruh Terengganu. Sebanyak 50 set soal selidik telah diedarkan,

namun hanya 36 set soal selidik yang dikembalikan. Dengan itu, hanya 36 responden yang diambil

sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah linjauan kerana kaedah ini lebih menepali

kehendak kajian dan dapat merangkumi bilangan responden yang ramai. Oleh itu, borang soal selidik

digunakan untuk membuat tinjauan ke alas sampel yang dipilih. Kesemua 36 set soal selidik yang

dikembalikan telah diproses dengan bantuan komputer yang diprogramkan dengan menggunakan kaedah

Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 11.5. Penganalisisan data- data dalam

kajian ini melibatkan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Penyelidik juga menggunakan

frekuensi, peratusan dan korelasi dalam menganalisis data. Kajian ini hanya terbatas di daerah

Kuala Terengganu sahaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor latihan (sumber manusia),

hubungan francaisor-francaisi, produk atau perkhidmatan, lokasi, pemilihan francaisor dan

komitmen yang diberikan francaisi terhadap perniagaan mereka mempunyai hubungan yang positif

dengan prestasi kejayaan perniagaan francais. Analisis regreasi menunjukkan semua

pembolehubah yang digunakan menunjukkan hubungan signifikan dengan semua pembolehubah yang

digunakan. Oleh itu, semua hipolesis alternatif (HA) yang mengatakan bahawa faktor latihan

(sumber manusia), hubungan .francaisor- francaisi, produk atau perkhidmatan, lokasi, pemilihan

francaisor dan komitmen pemilik perniagaan francais adalah signifikan terhadap prestasi kejayaan

perniagaan francais adalah diterima dan hipotesis null (Ho) adalah ditolak. Penyelidik mencadangkan

agar kajian- kajian akan datang memasukkan elemen modal, menggunakan sampel yang lebih

besar, fokus kepada satu jenis keluaran sahaja dan lokasi yang lebih luas.