Amalan kemahiran belajar dan hubungannya dengan pencapaian mata pelajaran Prinsip Perakaunan di daerah Kuala Kangsar

Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan di antara amalan kemahiran belajar dengan prestasi

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Kajian ini diukur menggunakan instrumen

soal selidik yang t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zarina Biduan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9972
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan di antara amalan kemahiran belajar dengan prestasi

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Kajian ini diukur menggunakan instrumen

soal selidik yang terdiri daripada 42 item. Soal selidik ini dibahagi kepada pemboleh ubah bebas

yang terdiri daripada faktor demografi jantina serta bangsa dan faktor kemahiran belajar iaitu

pengurusan masa, mencatat nota serta kefahaman membaca, pengurusan kebimbangan terhadap ujian serta

kelajuan membaca, konsentrasi/penumpuan, persediaan menghadapi ujian dan kemahiran menulis manakala

pemboleh ubah bersandar pula adalah pencapaian dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Kajian ini

dijalankan ke atas 209 orang pelajar tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran Prinsip

Perakaunan di enam buah sekolah menengah di daerah Kuala Kangsar. Sebanyak lima persoalan telah

ditimbulkan dan tigabelas hipotesis telah dibentuk dan diuji dengan menggunakan Ujian t, ANOVA Satu

Hala dan Korelasi Pearson. Walaupun dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang lemah di

antara amalan kemahiran belajar dengan prestasi pencapaian dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan,

secara keseluruhannya ia masih dapat membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi pencapaian dengan

memantapkan amalan kemahiran belajar di samping menyediakan diri dengan persediaan fizikal (sihat

tubuh badan), persediaan mental (IQ), persediaan emosi (EQ) membina matlamat belajar dan

berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa amalan kemahiran

belajar haruslah digabungkan bersama dengan kemahiran intelektual untuk

menghasilkan kejayaan yang cemerlang dalam akademik.