Keberkesanan Senaman Brain Gym ke atas prestasi pelajar-pelajar pencapaian akademik rendah sekolah menengah

<p>Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Senaman Brain Gym dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar pencapaian akademik rendah dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu Bab Sejarah dan Kita. Kajian juga bertujuan untuk menentukan perhubungan di antara Konsep K...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Sivanesan Palaniappa Pillai
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2005
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9982
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Senaman Brain Gym dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar pencapaian akademik rendah dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu Bab Sejarah dan Kita. Kajian juga bertujuan untuk menentukan perhubungan di antara Konsep Kendiri dengan Pencapaian Akadenik. Sampel kajian terdiri 60 orang pelajar sebuah sekolah menengah di Tanjong Malim. Kajian ini dijalankan secara ekperimental melibatkan dua kumpulan iaitu Kumpulan Eksperimen 29 orang dan Kumpulan Kawalan 31 orang. Kumpulan Eksperimen didedahkan dengan Senaman Brain Gym sebagai rawatan. Analisis data kajian mempamerkan dapatan-dapatan menarik. Dalam Ujian Pos Kumpulan eksperimen telah peroleh pencapaian lebih tinggi berbanding Kumpulan Kawalan. Dari segi mengingat kembali fakta didapati lebih baik berbanding Kumpulan Kawalan. Konsep kendiri pelajar Eksperimen juga telah berubah ke arah positif. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan korelasi positif di antara pencapaian pelajar dengan konsep kendiri. Hasil Temu bual pula didapati bacaan. penulisan, penumpuan dan kesihatan pelajar telah bertambah baik. Dapatan kajian menunjukkan selain faktor keupayaan kognitif faktor psikomotor juga memberi kesan ke atas proses pembelajaran pelajar. Senaman Brain Gym yang melibatkan pergerakan-pergerakan mudah dan menyeronokan mengkordinasikan otak kanan dan kiri seterusnya memudahkan pembelajaran. Maka senaman Brain Gym boleh digunakan sebagai satu kaedah alternatif dalam menangani masalah pembelajaran di kalangan pelajar pencapaian akademik rendah.</p>