Gaya pembelajaran dan sikap mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya pembelajaran dan sikap terhadap pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan di antara bangsa dan jantina terhadap gaya pembelajaran dan pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Kajian ini telah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhasyimah Jamil
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9983
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya pembelajaran dan sikap terhadap pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan di antara bangsa dan jantina terhadap gaya pembelajaran dan pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah di Teluk Intan, Perak. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 di ketiga-tiga buah sekolah kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Bahagian A mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan maklumat am latar belakang responden, Bahagian B terdiri daripada 44 item gaya pembelajaran diambil dari Felder and Solomon's Index of Learning Styles dan Bahagian C mengandungi 20 item sikap yang diambil dan diubahsuai dari Aiken Mathematics Attitude Scale. Alat ujian yang telah digunakan adalah Analisis Frekuensi, Crosstabulation dan Regresi Linear. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan di antara gaya pembelajaran dan sikap dengan pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Kajian juga mendapati wujudnya hubungan di antara bangsa dan jantina dengan gaya pembelajaran pelajaran Ekonomi STPM.</p>