Tahap kecergasan motor pemain bola baling dan pemain bola sepak lelaki bawah 15 tahun Bahagian Kuching, Sarawak

<p>Kajian ini merupakan satu perbandingan tahap kecergasan motor antara pemain bola baling dan bola sepak lelaki bawah 15 tahun di Bahagian Kuching, Sarawak. Seramai 60 orang subjek telah terlibat dalam kajian ini iaitu 30 orang daripada pemain bola baling lelaki bawah 15 tahun dan sel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rashid Sabang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9985
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini merupakan satu perbandingan tahap kecergasan motor antara pemain bola baling dan bola sepak lelaki bawah 15 tahun di Bahagian Kuching, Sarawak. Seramai 60 orang subjek telah terlibat dalam kajian ini iaitu 30 orang daripada pemain bola baling lelaki bawah 15 tahun dan selebihnya 30 orang lagi pemain bola sepak lelaki bawah 15 tahun yang mewakili Bahagian Kuching, Sarawak. Kesemua subjek yang terlibat dipilih berlandaskan persampelan propursive. Lima jenis ujian kecergasan motor digunakan dalam kajian ini terdiri daripada Ujian Lompat Jauh Berdiri untuk mengukur komponen kuasa kaki (r=0.81, Ahmad Hashim, 2004), Ujian otot Ketangkasan SEMO untuk mengukur ketangkasan otot kaki (r=0.87, Ahmad Hashim, 2004 ), Ujian Lari Pecut 30 Meter untuk mengukur kepantasan otot kaki (r=0.81, Ahmad Hashim, 2004), Ujian Tindakbalas Pilihan Nelson untuk mengukur masa reaksi (r=0.98, Ahmad Hashim, 2004) dan Ujian Dirian Bangau untuk mengukur keseimbangan badan (r=0.83, Ahmad Hashim, 2004). Kecergasan motor sebagai salah satu daripada komponen kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan mesti dimiliki dan dikekalkan oleh setiap individu dan kumpulan untuk berjaya dalam semua aktiviti fizikal, sukan dan permainan yang diceburi. Kajian ini adalah suatu usaha untuk mengenalpasti tahap kecergasan motor dikalangan pemain bola baling dan bola sepak lelaki 15 tahun di Bahagian Kuching. Skor yang diperolehi daripada setiap ujian akan dianalisis berdasarkan ujian t tidak bersandar menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) for windows versi 11.5. Keputusan daripada kelima-lima instrumen kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kecergasan motor pemain bola baling (M=265.18, SD=18.11) dan bola sepak (M=296.82, SD=25.85) lelaki bawah 15 tahun di Bahagian Kuching, Sarawak. Nilai t-5.32 menunjukkan bahawa hipotesis nol diterima pada df = 58, p = 0.000, p < 0.05 = 2.000. Dengan itu jelas bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian kecergasan motor antara pemain bola baling dan pemain bola sepak lelaki bawah 15 tahun di Bahagian Kuching, Sarawak.</p>