Kesan latihan kalistenik dan latihan kalistenik gabungan aerobik terhadap parameter obesiti dalam kalangan pelajar perempuan yang mengalami masalah obesiti di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan latihan kalistenik dan gabungan aerobik terhadap

parameter obesiti, psikologikal dan kecergasan dalam kalangan pelajar obes di Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Reka bentu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sakinah Mohd Hassan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9993
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan latihan kalistenik dan gabungan aerobik terhadap

parameter obesiti, psikologikal dan kecergasan dalam kalangan pelajar obes di Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Reka bentuk pra dan pasca experimental digunakan, dimana

kedua-dua kumpulan eksperimen melakukan intervensi program latihan selama 12 minggu,

manakala kumpulan kawalan tidak diberikan sebarang program. Dua puluh lapan orang

pelajar perempuan (umur; 20 hingga 30 tahun) dengan mempunyai BMI lebih daripada 30

kg/m terlibat dalam kajian dan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan KAW

(n=9), kumpulan K (n=9) dan kumpulan KA (n=10). Parameter kajian adalah komposisi

tubuh (indeks jisim tubuh, peratusan lemak dan nisbah pinggang pinggul), glukosa dan

lipid profile (High Density Lipoprotein (HDL), Low Density Lipoprotein (LDL), dan

triglycerides) serta jumlah kolesterol. Parameter psikologikal adalah menggunakan Borang

soal selidik Physical Activity Enjoyment Scale (PACES), Task and Ego Orientation

Questionnaire (TEOSQ) dan Brunel Mood Scale (BRUMS) manakala ujian kecergasan

melibatkan ujian bleep, bangkit tubi satu minit dan jangkauan melunjur dan semua

parameter diukur pada ujian pra dan pasca program latihan. Hasil multivariat analisis

variance (MANOVA) menunjukkan terdapat interaksi yang signifikan antara kumpulan

eksperimen berbanding kumpulan kawalan bagi komposisi tubuh, glukosa, triglycerides,

keseronokan, orientasi matlamat (tugasan dan ego), kemurungan, keletihan, semangat,

ujian bleep dan bangkit tubi satu minit. Keputusan analisis post-hoc bagi kedua-dua

kumpulan eksperimental menunjukkan nilai komposisi tubuh, glukosa, triglycerides,

kemurungan dan keletihan adalah lebih rendah berbanding kumpulan kawalan manakala

bagi kumpulan eksperimental menunjukkan nilai semangat, keseronokan, orientasi

matlamat, skor ujian bleep dan bangkit tubi satu minit lebih tinggi berbanding kumpulan

kawalan. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen bagi

parameter nisbah pinggang pinggul, bangkit tubi satu minit, ujian bleep, orientasi matlamat

(tugasan), kemurungan, keletihan dan semangat. Kesimpulannya, program latihan

kalistenik dan gabungan aerobik selama 12 minggu adalah berkesan untuk menurunkan

komposisi badan dan perubahan pada aspek psikologi serta meningkatkan tahap

kecergasan bagi pelajar perempuan yang obes.