Pengurusan bahan binaan di tapak bina / Rosdi Hassan

Pengurusan adalah penting dalam sesuatu projek pembinaan. Dengan menyediakan pengurusan yang baik dan sistematik, kesemua keija di tapak dapat dilakukan mengikut seperti yang dirancang. Kajian yang dijalankan adalah mengenai pengurusan bahan binaan di tapak binaan. Kajian telah dilakukan dengan meng...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hassan, Rosdi
格式: Thesis
語言:English
出版: 2009
主題:
在線閱讀:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26780/2/26780.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Pengurusan adalah penting dalam sesuatu projek pembinaan. Dengan menyediakan pengurusan yang baik dan sistematik, kesemua keija di tapak dapat dilakukan mengikut seperti yang dirancang. Kajian yang dijalankan adalah mengenai pengurusan bahan binaan di tapak binaan. Kajian telah dilakukan dengan mengambil kira proses-proses yang penting dalam pengurusan bahan binaan seperti pembelian, pengangkutan dan penghantaran, pengendalian, penyimpanan, dan keselamatan bahan binaan. Kaedah kajian untuk mengumpulkan maklumat dan data yang berkaitan dengan kajian ini diambil dengan melakukan soal selidik dan temuramah ke atas beberapa individu yang terlibat dalam pengurusan bahan binaan di tiga tapak projek yang dipilih. Kajian ini dijalankan ke atas tiga tapak projek pembinaan sekolah di bawah pengurusan yang berbeza. Tiga tapak projek dipilih bertujuan untuk membolehkan perbandingan pengurusan diantara tapak bina dilakukan. Keputusan kajian yang dijalankan menunjukkan perbezaan diantara ketiga-tiga tapak binaan. Daripada kajian yang dijalankan, pengurusan bahan binaan di tapak projek 1 dan 2 adalah lebih baik jika dibandingkan dengan projek 3. Daripada kajian ke atas ketiga-tiga tapak binaan, terdapat beberapa masalah pengurusan bahan binaan dapat dikenalpasti di tapak kajian.