Penggunaan cincin perak bermotif bunga ketumbit dan pucuk kacang di kalangan remaja / Hafizul Moideen

Pemakaian cincin merupakan suatu budaya lampau yang terus berkekalan sehingga ke hari ini. Cincin perak adalah unik dari sudut ragam hias, rekacorak, warna logam dan terdapat pelbagai bentuk dipasaran. Motif yang diukir pada cincin perak seringkali mendapat perhatian daripada pembeli cincin. Mereka...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Moideen, Hafizul
格式: Thesis
語言:English
出版: 2001
主題:
在線閱讀:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66571/1/66571.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Pemakaian cincin merupakan suatu budaya lampau yang terus berkekalan sehingga ke hari ini. Cincin perak adalah unik dari sudut ragam hias, rekacorak, warna logam dan terdapat pelbagai bentuk dipasaran. Motif yang diukir pada cincin perak seringkali mendapat perhatian daripada pembeli cincin. Mereka yang menggemari cincin terdiri daripada kanak-kanak, golongan remaja dan dewasa sama ada lelaki atau pun wanita. Setiap bentuk cincin perak yang tersarung di jari mempunyai pelbagai motif ukiran tertentu. Lazimnya, jenis ukiran yang menjadi tempahan termasuklah motif ukiran tradisional yang berbentuk motif flora. Cincin perak yang diminati boleh diperolehi dalam bentuk 'Belah Rotan' atau bertatahkan berbagaibagai jenis batu permata berharga. Di samping penggunaan cincin perak yang begitu meluas di kalangan masyarakat setempat terdapat beberapa kelemahan yang ketara kepada pemiliknya Kelemahan inilah yang dikaji oleh pengkaji untuk melihat hubungan antara cincin perak dengan motif ukiran di kalangan masyarakat Kelantan. Golongan sasaran ialah remaja yang berumur di antara 18-25 tahun. Pengkaji ingin melihat kepekaan remaja Melayu mengenali dan membezakan motif Bunga Ketumbit dan Pucuk Kacang pada cincin perak yang mereka gunakan. Subjek kajian ini terdiri daripada 30 orang remaja di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Data analisis digunakan untuk melihat kecenderungan dan kepekaan golongan remaja terhadap kepentingan motif ukiran pada cincin perak. Keputusan yang diperolehi daripada hasil kajian soal selidik menunjukkan golongan remaja kurang peka terhadap aspek yang dikaji iaitu "Penggunaan Cincin Perak Bermotif Bunga Ketumbit Dan Pucuk Kacang Di Kalangan Remaja".