Kajian terhadap masalah yang dihadapi oleh guru koir dalam mengajar koir di sekolah menengah di Negeri Selangor / Wan Shahrazuddin Wan Abdul Razak

Kita telah didedahkan kepada irama yang dialunkan oleh ibu sejak kecil lagi semasa di dalam dakapan mereka. Senandung yang didendangkan menandakan yang kita berada di dalam keadaan yang selamat dalam pelukan mereka. Muzik didengar oleh semua insan di dunia ini. Sama ada sedar atau tidak, telinga kit...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Wan Abdul Razak, Wan Shahrazuddin
格式: Thesis
語言:English
出版: 2000
主題:
在線閱讀:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77314/1/77314.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kita telah didedahkan kepada irama yang dialunkan oleh ibu sejak kecil lagi semasa di dalam dakapan mereka. Senandung yang didendangkan menandakan yang kita berada di dalam keadaan yang selamat dalam pelukan mereka. Muzik didengar oleh semua insan di dunia ini. Sama ada sedar atau tidak, telinga kita dihalwakan dengan bunyi-bunyian dan ia memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja yang mendengar. Boleh dikatakan muzik merupakan satu elemen yang penting di dalam kehidupan seseorang insan. Muzik juga memainkan peranan dalam mendidik insan tanpa mengira budaya. Apabila kita mendengar lagu-lagu rakyat kita, kata-katanya penuh dengan nasihat. Kata-kata nasihatnya lebih kurang sama tetapi irama melodi lagu-lagu rakyat tersebut yang membezakannya dan irama-irama itu bagaikan "tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas". Ianya sentiasa segar di dalam ingatan setiap rakyat Malaysia. Lagu-lagu seperti "Rasa Sayang", "Tepuk Amai-Amai", dan "Dodoi Si Dodoi" dikenali oleh hampir semua rakyat Malaysia.