Penerapan prinsip-prinsip syariah dalam penyelesaian isu kejiranan: kajian di Kota Bharu, Kelantan / Syaimaa’ Asbullah

Kejiranan merupakan antara komponen penting dalam mencapai kesejahteraan negara berpanjangan. Hubungan kejiranan yang kukuh akan menjamin keselamatan masyarakat setempat. Namun, perubahan gaya hidup yang terlalu sibuk serta kemajuan teknologi yang semakin pesat menjadi faktor utama nilai perhubungan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Asbullah, Syaimaa’
格式: Thesis
語言:English
出版: 2022
主題:
在線閱讀:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77968/1/77968.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kejiranan merupakan antara komponen penting dalam mencapai kesejahteraan negara berpanjangan. Hubungan kejiranan yang kukuh akan menjamin keselamatan masyarakat setempat. Namun, perubahan gaya hidup yang terlalu sibuk serta kemajuan teknologi yang semakin pesat menjadi faktor utama nilai perhubungan ini semakin terhakis. Hal ini menjadikan konflik dan pertelingkahan bukan lagi benda asing dalam kalangan masyarakat kontemporari. Justeru, kajian ini akan mengupas prinsip-prinsip alam bina kejiranan Islam dan aduan kejiranan di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) serta mencadangkan cara penyelesaian menurut perspektif Syariah. Aspek aduan yang dibincangkan merangkumi kesemua jenis aduan yang dilaporkan berdasarkan kepada statistik yang diperoleh daripada Jabatan Perhubungan Awam, MPKB-BRI. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian lapangan yang dijalankan di MPKB-BRI. Pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data secara temubual bersama pegawai MPKB-BRI dan pengurusan data dokumen. Dapatan kajian mendapati bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kini melaksanakan kaedah penyelesaian berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Analisis daripada Akta tersebut menunjukkan relevansi antara praktis kontemporari dan Fiqh klasik. Kajian ini menyimpulkan bahawa solusi penyelesaian konflik yang bersifat holistik, efisien dan komprehensif dapat direalisasikan dengan penghayatan dan adaptasi prinsip Islam secara bersepadu. Adalah diharapkan penghasilan kajian ini dapat mengukuhkan hubungan kejiranan yang bukan sahaja penting bagi mengekalkan dasar pembinaan negara Malaysia bahkan untuk memastikan Malaysia kekal berdaya saing dan maju.