Niat ingin berhenti kerja: Kajian ke atas doktor dan jururawat hospital kerajaan di negeri Sabah

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menganalisis tahap niat ingin berhenti kerja di kalangan doktor dan jururawat yang bertugas di hospital kerajaan di negeri Sabah. Skop bagi kajian ini terdiri daripada sepuluh buah hospital kerajaan di seluruh negeri Sabah di mana kadar maklumbalas doktor...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nurul Nadia Abd Aziz
格式: Thesis
語言:English
出版: 2006
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10116/1/mt0000000507.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menganalisis tahap niat ingin berhenti kerja di kalangan doktor dan jururawat yang bertugas di hospital kerajaan di negeri Sabah. Skop bagi kajian ini terdiri daripada sepuluh buah hospital kerajaan di seluruh negeri Sabah di mana kadar maklumbalas doktor yang diperolehi adalah mewakili 24% daripada keseluruhan doktor di negeri Sabah, manakala kadar maklumbalas jururawat pula mewakili 13% daripada keseluruhan jururawat di negeri Sabah. Instrumen utama kajian ini ialah borang soal-selidik di mana item-item yang digunakan dalam borang soalselidik tersebut telah diambil dan diubahsuai daripada kajian-kajian terdahulu. Teknik analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian-T, ANOVA-satu hala, dan regresi. Hasil analisis mendapati 20% daripada jumlah keseluruhan respond en doktor di hospital kerajaan berhasrat untuk berhenti kerja. Peratusan yang agak tinggi ini turut menuntut perhatian pihak kerajaan memandangkan kerajaan pada ketika ini sedang berusaha menangani masalah kekurangan doktor. Meskipun demikian, tahap niat ingin berhenti kerja bagi jururawat jauh lebih rendah berbanding doktor iaitu 4.1% daripada jumlah keseluruhan responden jururawat. Kajian turut meneliti faktor-faktor peramal niat ingin berhenti kerja bagi doktor dan jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan di negeri Sabah. Hasil kajian mendapati faktor peramal niat ingin berhenti kerja bagi doktor adalah tekanan kerja dan komitmen manakala faktor peramal niat ingin berhenti kerja bagi jururawat adalah budaya hospital dan budaya wad yang bersifat sokongan, tekanan kerja, kepuasan dan komitmen terhadap organisasi.