Tanda, penanda dan petanda dalam entelah Iban

Entelah adalah teka-teki yang dimiliki oleh orang Iban. Bentuk dan pengucapan entelah memiliki kandungan penyataan, tetapi terdapat entelah yang memiliki tempat atau menua, pembayang dan jawapan. Kajian ini dijalankan kerana kamikan bahasa yang diguna, dan perwakilannya terhadap masyarakat loon d...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Patricia Anak Ganing
格式: Thesis
語言:English
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12255/1/Tanda%2C%20penanda%20dan%20petanda.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Entelah adalah teka-teki yang dimiliki oleh orang Iban. Bentuk dan pengucapan entelah memiliki kandungan penyataan, tetapi terdapat entelah yang memiliki tempat atau menua, pembayang dan jawapan. Kajian ini dijalankan kerana kamikan bahasa yang diguna, dan perwakilannya terhadap masyarakat loon dan persekitaran kehidupan mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kerja lapangan yang telah mengumpulkan sebanyak 508 entelafdban di daerah Sebauh, Subis dan Bakong. Seramai 30 orang pakar entelah telah ditemubual dan hasilnya 146 entelah dapat dikumpulkan dan diterjemahkan. Selain itu, sebanyak 62 entelah yang dikumpulkan dari Tun Jugah Foundation diterjemah, dan 300 entelah yang telah dikumpulkan dari tesis sarjana sebelum ini turut dimasukkan untuk mendapatkan koleksi entelah yang selengkap mungkin bagi tujuan analisis. Pengkaji menggunakan teon semiotik Charles Sanders Peirce untuk mengkaji hubungan tanda, penanda dan petanda dalam entelah. Kajian mendapati bahawa bentuk entelah sendiri telah menonjolkan tanda yang menggambarkan pandangan dunia masyarakat Iban terhadap kepercayaan dan kehidupan mereka. Kajian turut mendapati tiga tanda bererti dalam entelah iaitu, Dewi Kumang, babi dan pokok tualang. Dewi Kumang telah mengacukan penanda kuasa sakti, kecantikan, kebijaksanaan dan kepintaran, ketinggian budi pekerti dan ketaatan kepada suami. Manakala penanda kepada tanda babi adalah seperti kekuatan, penyudan, pendamaian, simbol ramalan, berpindah randah, petunjuk, penyembuhan dan simbol keibuan. Pokok tualang pula mengacukan penanda pemilikan, kualiti, hormat-menghormati, dan perlindungan. Dalam struktur fizikal entelah, Dewi Kumang hanya terletak pada kandungan penyataan. Manakala babi dan pokok tualang pula terletak pada kandungan penyataan, tempat, pembayang dan jawapan entelah. Ketiga-tiga tanda ini membawa penanda yang akhirnya memperlihatkan petanda kepercayaan dan kehidupan masyarakat Iban secara keseluruhannya.