Tanda, penanda dan petanda dalam entelah Iban
Entelah adalah teka-teki yang dimiliki oleh orang Iban. Bentuk dan pengucapan entelah memiliki kandungan penyataan, tetapi terdapat entelah yang memiliki tempat atau menua, pembayang dan jawapan. Kajian ini dijalankan kerana kamikan bahasa yang diguna, dan perwakilannya terhadap masyarakat loon d...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English |
出版: |
2016
|
主題: | |
在線閱讀: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12255/1/Tanda%2C%20penanda%20dan%20petanda.pdf |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Entelah adalah teka-teki yang dimiliki oleh orang Iban. Bentuk dan pengucapan
entelah memiliki kandungan penyataan, tetapi terdapat entelah yang memiliki
tempat atau menua, pembayang dan jawapan. Kajian ini dijalankan kerana kamikan
bahasa yang diguna, dan perwakilannya terhadap masyarakat loon dan persekitaran
kehidupan mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kerja lapangan yang telah
mengumpulkan sebanyak 508 entelafdban di daerah Sebauh, Subis dan Bakong.
Seramai 30 orang pakar entelah telah ditemubual dan hasilnya 146 entelah dapat
dikumpulkan dan diterjemahkan. Selain itu, sebanyak 62 entelah yang dikumpulkan
dari Tun Jugah Foundation diterjemah, dan 300 entelah yang telah dikumpulkan dari
tesis sarjana sebelum ini turut dimasukkan untuk mendapatkan koleksi entelah yang
selengkap mungkin bagi tujuan analisis. Pengkaji menggunakan teon semiotik
Charles Sanders Peirce untuk mengkaji hubungan tanda, penanda dan petanda
dalam entelah. Kajian mendapati bahawa bentuk entelah sendiri telah menonjolkan
tanda yang menggambarkan pandangan dunia masyarakat Iban terhadap
kepercayaan dan kehidupan mereka. Kajian turut mendapati tiga tanda bererti dalam
entelah iaitu, Dewi Kumang, babi dan pokok tualang. Dewi Kumang telah
mengacukan penanda kuasa sakti, kecantikan, kebijaksanaan dan kepintaran,
ketinggian budi pekerti dan ketaatan kepada suami. Manakala penanda kepada
tanda babi adalah seperti kekuatan, penyudan, pendamaian, simbol ramalan,
berpindah randah, petunjuk, penyembuhan dan simbol keibuan. Pokok tualang pula
mengacukan penanda pemilikan, kualiti, hormat-menghormati, dan perlindungan.
Dalam struktur fizikal entelah, Dewi Kumang hanya terletak pada kandungan
penyataan. Manakala babi dan pokok tualang pula terletak pada kandungan
penyataan, tempat, pembayang dan jawapan entelah. Ketiga-tiga tanda ini
membawa penanda yang akhirnya memperlihatkan petanda kepercayaan dan
kehidupan masyarakat Iban secara keseluruhannya. |
---|