Pengaruh tret personaliti dan motivasi terhadap kreativiti pelajar: satu kajian di sebuah sekolah di Kota Kinabalu, Sabah
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh tret personaliti dan motivasi terhadap kreativiti dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Sabah. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan ini melibatkan seramai 111 orang pelajar aliran sains sahaja. Set ujian krea...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12860/1/Pengaruh%20tret%20personaliti%20dan%20motivasi.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh tret personaliti dan
motivasi terhadap kreativiti dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah
sekolah di Sabah. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan ini melibatkan
seramai 111 orang pelajar aliran sains sahaja. Set ujian kreativiti TCCT digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah terikat iaitu kreativiti dan soal selidik digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah bebas iaitu motivasi dan personaliti pelajar. Set
ujian kreativiti TCCT mengandungi aktiviti membina gambar, penambahbaikan
prod uk, kegunaan yang pelbagai dan melukis berasaskan segitiga untuk menguji
kreativiti pelajar dari segi keaslian, kelancaran, kelenturan dan penghuraian
(Torrance, 1974). Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini diuji menggunakan satu
set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A adalah demografi
pelajar, bahagian B adalah personaliti pelajar (diadaptasi daripada Neo Ave Factor
Inventory oleh Costa, Paul T. dan McRae, Robert R.) dan bahagian C adalah
motivasi pelajar (diadaptasi daripada The Situational Motivation Scale). Data
dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS 21 iaitu analisis ujian-t dan analisis
regresi pelbagai. Dapatan kajian membuktikan bahawa motivasi bertindak sebagai
perantara separa di antara personaliti Model Lima Faktor dengan kreativiti pelajar.
Daripada lima aspek personaliti Model Lima Faktor pula, hanya ekstraversi (13= .273,
t=2.3s0, k<.05) dan kesetujuan (13= .210, t=2.18s, k < .05) merupakan peramal
yang signifikan kepada kreativiti pelajar. Hasil analisis ujian-t menunjukkan bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kreativiti di antara pelajar lelaki dan
perempuan, t (109) = -.383, k > 0.05, walaupun nilai min yang berbeza antara
lelaki dan perempuan. Kajian ini telah memberi implikasi dalam bidang ilmu kreativiti
bahawa motivasi berperanan sebagai perantara dalam hubungan di antara
personaliti Model Lima Faktor dengan kreativiti. Penyelidikan ini diharapkan dapat
memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan secara amnya dan dalam bidang
ilmu kreativiti khususnya. |
---|