Sejarah industri perlombongan arang batu di Labuan (1846-1912)

Kajian bertajuk "Sejarah Industri Perlombongan Arang Batu di Labuan (1846-1912)" merupakan sebuah kajian yang penting kerana la meneliti dan membincangkan secara menyeluruh berkaitan perkembangan yang berlaku dalam industri perlombongan arang batu di Labuan. Oleh itu, secara keseluruhan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nur Suriana Shaifoddin
格式: Thesis
语言:English
出版: 2016
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16855/1/Sejarah%20industri%20perlombongan%20arang.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian bertajuk "Sejarah Industri Perlombongan Arang Batu di Labuan (1846-1912)" merupakan sebuah kajian yang penting kerana la meneliti dan membincangkan secara menyeluruh berkaitan perkembangan yang berlaku dalam industri perlombongan arang batu di Labuan. Oleh itu, secara keseluruhannya kajian Ini akan memfokuskan kepada faktor pembukaan Labuan; pembentukan industri perlombongan arang batu di Labuan; perkembangan operasi perlombongan pada setiap era pentadbiran; serta masalah dan kesan yang wujud dalam industri ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembukaan Labuan oleh British pada tahun 1846 sebagai tanah jajahannya berkait rapat dengan penemuan komoditi arang batu yang terdapat di pulau tersebut. Perkembangan semasa yang berlaku ketika itu mendorong British untuk menduduki Labuan dengan tujuan bagi menjadikannya sebagai stesyen arang batu British di Borneo. Walau bagaimanapun, perkembangan dalam industri ini tidak mencapai tujuan asal pembukaannya dan berlaku sepertimana yang dimahukan oleh Kerajaan British apabila timbul pelbagai masalah dalam operasi perlombongan sehingga membawa kepada kegagalannya. Perkembangan yang berlaku dalam industri ini telah memberi kesan terhadap pentadbiran Kerajaan British di pulau tersebut dan imej Labuan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Kajian ini dihasilkan melalui kaedah penyelidikan sejarah dalam menganalisis data berkaitan perkembangan yang berlaku dengan data primer dan sekunder yang digunakan diperolehi daripada kajian di arkib dan perpustakaan