Pengaruh perfeksionisme dan keprihatinan terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar Universiti : Peranan keperluan psikologi sebagai pengantara

Kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar mula mendapat perhatian dan dilihat sebagai aspek penting dalam kehidupan seseorang individu yang bergelar pelajar sama ada pada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun peringkat institusi tinggi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh perf...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Allya Cassandra Alim
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17922/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17922/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar mula mendapat perhatian dan dilihat sebagai aspek penting dalam kehidupan seseorang individu yang bergelar pelajar sama ada pada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun peringkat institusi tinggi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh perfeksionisme dan keprihatinan terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar universiti. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti peranan keperluan psikologi asas sebagai pengantara dalam hubungan di antara perfeksionisme dan keprihatinan ke atas kesejahteraan psikologi. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik ke atas pelajar unversiti dengan menggunakan pengukuran Scales of Psychological Well-Being {SPWB), Almost Petfect Scale Revised {APS-R), Mindful Attention Awareness Scale {MAAS) dan Basic Psychological Needs Scale {BPNS). Sampel kajian terdiri daripada 468 orang pelajar peringkat sarjana muda di Universiti Malaysia Sabah. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21. Hasil kajian menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara perfeksionisme dan kesejahteraan psikologi, manakala keprihatinan didapati tidak mempunyai pengaruh ke atas kesejahteraan psikologi. Di samping itu, kajian turut mendapati keperluan psikologi asas berperanan sebagai pengantara dalam hubungan antara perfeksionisme dan kesejahteraan psikologi, serta dalam hubungan antara keprihatinan dan kesejahteraan psikologi. Hasil kajian ini mampu memberi gambaran mengenai faktor-faktor mempengaruhi kesejahteraan psikologi pelajar pada masa kini khususnya dari aspek perfeksionisme dan keprihatinan.