Hubungan tahap stres guru-guru pendidikan khas terhadap iklim kerja dan pengurusan bilik darjah sekolah rendah

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan tahap stres guru-guru Pendidikan Khas terhadap iklim kerja sekolah dan pengurusan bilik darjah Pendidikan Khas. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah borang soal selidik yang mengandungi 45 item. Prosedur kajian dijalankan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Jenny M. Milin
格式: Thesis
语言:English
English
出版: 2013
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18722/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18722/2/FULLTEXT.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan tahap stres guru-guru Pendidikan Khas terhadap iklim kerja sekolah dan pengurusan bilik darjah Pendidikan Khas. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah borang soal selidik yang mengandungi 45 item. Prosedur kajian dijalankan ke atas semua guru-guru Pendidikan Khas Daerah Penampang dan Kota Kinabalu secara bertujuan iaitu hanya guru-guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah sahaja dan tidak termasuk Penolong Pembantu Murid Pendidikan Khas. Sampel kajian adalah seramai 70 orang. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif (min), inferensi (Ujian-t, ANOVA satu-hala dan Pekali Korelasi Pearson). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sederhana (r = 0.488, p< 0.01) antara pembolehubahik lim kerja dengan tahap stres guru-guru dan terdapat hubungan yang kuat (r = 0.600, p< 0.01) antara pembolehubah pengurusan bilik darjah dengan tahap stres guru. Diharapkan makiumat yang diperolehi daripada hasil kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merancang dan mereka bentuk program bagi mengatasi masalah stres dalam kalangan guru-guru Pendidikan Khas Daerah Penampang dan Kota Kinabalu ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan profesion perguruan.