Perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan, tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja etnik Iranun di daerah Kota Belud dan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 129 responden ibu (57 bandar dan 72 luar bandar) dan 129 resp...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ferlis Bullare @ Hj Bahari
格式: Thesis
语言:English
出版: 2003
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19287/1/Perkaitan%20di%20antara%20kesulitan%20ekonomi.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja etnik Iranun di daerah Kota Belud dan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 129 responden ibu (57 bandar dan 72 luar bandar) dan 129 responden remaja (55 lelaki dan 74 perempuan) berumur antara 13 hingga 17 tahun dijadikan subjek kajian. Kaedah tinjauan bersifat korelasi menggunakan instrumen Economic Strain Questionnaire (ESQ) bagi mengukur kesulitan ekonomi, Kansas Marital Satisfaction Scale (KMS) dan Dyadic Adjustment Scale (DAS) mengukur kualiti perkahwinan, Parenfs Report (PR) mengukur tingkah laku keibubapaan ibu dan Clinical Anxiety Scale (CAS) dan Beck Depression Inventory-II (BDI-II) mengukur stres remaja digunakan. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja. Keputusan juga menunjukkan kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu tidak dapat berperanan sebagai perantara ke atas hubungan di antara kesulitan ekonomi dengan stres remaja.