Penglibatan dan cabaran komuniti dalam aktiviti ekopelancongan: Kajian kes di Kampung Terintidon, Kota Belud, Sabah

Penglibatan ahli komuniti dalam ekopelancongan di kebanyakan negara sedang membangun seperti negeri Sabah, Malaysia adalah suatu yang signifikan untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan taraf hidup mereka yang tinggal di luar bandar. Namun, untuk mencapai Hasrat tersebut pelbagai cabaran yang terp...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Geetha Thevarazen
格式: Thesis
语言:English
English
出版: 2023
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40544/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40544/2/FULLTEXT.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Penglibatan ahli komuniti dalam ekopelancongan di kebanyakan negara sedang membangun seperti negeri Sabah, Malaysia adalah suatu yang signifikan untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan taraf hidup mereka yang tinggal di luar bandar. Namun, untuk mencapai Hasrat tersebut pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ahli komuniti dan juga pihak berkepentingan yang menyokong usaha tersebut. Justeru, isu tahap penglibatan ahli komuniti dalam ekopelancongan serta kejayaan atau kegagalan mereka meningkatkan tahap sosio-ekonomi adalah merupakan permalasahan utama bagi kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah mengetahui perkembangan aktiviti ekopelancongan di Kg Terintidon. Selain itu, kajian ini akan memfokus kepada faktor dan tahap penglibatan ahli komuniti dalam aktiviti ekopelancongan; objektif seterusnya adalah mengkaji cabaran yang dihadapi oleh ahli komuniti. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengaplikasikan pendekatan kualitatif. Dalam kaedah ini, temu bual mendalam dengan 11 informan telah dilakukan termasuk pemerhatian langsung. Namun begitu, kaedah kutipan data kuantitatif seperti survei dengan menggunakan boring soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan data sokongan. Seramai 73 orang responden terlibat dalam aktiviti ekopelancongan telah disoal selidik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat aktiviti ekopelancongan yang diadakan oleh ahli komuniti di Kg Terintidon iaitu aktiviti rekreasi Sungai Sisipon, aktiviti trekking bukit Garas, aktiviti perkhemahan dan aktiviti Kebudayaan. Faktor yang mendorong ahli komuniti untuk turut serta dalam aktiviti ekopelancongan adalah seperti, faktor minat, ingin memperolehi pendapatan sampingan, ingin memajukan ekonomi tempatan, ingin mempersembahkan keunikan budaya. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh ahli komuiti untuk terlibat dalam aktiviti ekopelancongan di Kampung Terintidon adalah kekurangan peruntukan kewangan, impak wabak Covid-19, aspek keselamatan kurang baik dan kursus Latihan kemahiran masih terhad. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan impak positif yang dihadapi oleh ahli komuniti adalah lebih dominan daripada impak negatif. Secara umumnya, kajian ini menunjukkan penglibatan ahli komuniti secara kendiri iaitu berasaskan tipologi Pretty (1995). Sekiranya, penglibatan ahli komuniti dalam pembangunan aktiviti ekopelancongan diteruskan maka ia membantu dalam mencapai pembangunan ekopelancongan yang mapan.