Pengaruh domain kognitif terhadap pencapaian ungkapan algebra dalam kalangan pelajar tingkatan dua di Tawau, Sabah

Kurikulum Matematik telah lama memberi perhatian kepada bidang Algebra yang lazimnya diperkukuhkan melalui penekanan kemahiran kognitif. Algebra dikenalpasti sebagai topik yang sukar dan sering dikaitkan dengan keupayaan kognitif kerana konsepnya yang bersifat abstrak. Isu ini masih berterusan sehin...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Sarimah Baco
格式: Thesis
语言:English
English
出版: 2023
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40759/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40759/2/FULLTEXT.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kurikulum Matematik telah lama memberi perhatian kepada bidang Algebra yang lazimnya diperkukuhkan melalui penekanan kemahiran kognitif. Algebra dikenalpasti sebagai topik yang sukar dan sering dikaitkan dengan keupayaan kognitif kerana konsepnya yang bersifat abstrak. Isu ini masih berterusan sehingga ke hari ini dan memberi kesan kepada pencapaian pelajar dalam topik Ungkapan Algebra dan Matematik khasnya. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap domain kognitif berdasarkan penilaian kendiri pelajar dan tahap pencapaian Ungkapan Algebra. Kajian ini juga bertujuan menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Ungkapan Algebra berdasarkan lokasi sekolah dan jantina serta menentukan hubungan antara domain kognitif berdasarkan penilaian kendiri dengan pencapaian Ungkapan Algebra. Matlamat akhir kajian ini adalah menentukan sama ada subkonstruk domain kognitif (pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) meramalkan pencapaian Ungkapan Algebra pelajar. Kajian ini adalah kajian bukan eksperimen yang mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan melibatkan seramai 386 orang pelajar tingkatan dua di tujuh buah sekolah menengah di Tawau, Sabah. Sampel telah dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Instrumen soal selidik dengan tiga subkonstruk iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dibina untuk mengukur tahap domain kognitif pelajar dan ujian digunakan untuk mengukur tahap pencapaian Ungkapan Algebra pelajar. Dapatan kajian menunjukkan penilaian pelajar terhadap domain kognitif mereka dan pencapaian Ungkapan Algebra mereka adalah pada tahap sederhana. Analisis statistik menunjukkan tidak terdapat perbezaan pencapaian Ungkapan Algebra antara pelajar lelaki dan perempuan. Namun, terdapat perbezaan pencapaian Ungkapan Algebra antara sekolah bandar dan luar bandar. Koefisien korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan signifikan yang positif dan kuat antara domain kognitif berdasarkan penilaian kendiri pelajar dengan pencapaian Ungkapan Algebra mereka. Dapatan kajian juga mendapati subkonstruk kefahaman dan aplikasi merupakan peramal kepada pencapaian Ungkapan Algebra pelajar. Implikasi kajian ini boleh menjadi panduan kepada guru-guru Matematik dan kepada pihak yang terlibat dalam pembangunan dan pelaksanaan kurikulum Matematik dengan mengambil kira aspek kognitif dalam pembelajaran Ungkapan Algebra.