Kepuasan kerja sebagai pengantara dalam hubungan iklim sekolah, komitmen dan motivasi dengan prestasi kerja guru di Sarawak

Kajian ini cuba mengupas isu prestasi kerja guru dalam sektor pendidikan bagi pihak pentadbir dan guru-guru dan seterusnya mencadangkan satu model persamaan struktur (SEM) prestasi kerja guru yang signifikan bagi menyelesaikan isu tersebut. Kerangka konsep kajian dibentuk berdasarkan beberapa teori...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Lai, Evonne Eng Fei
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
منشور في: 2020
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41227/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41227/2/FULLTEXT.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini cuba mengupas isu prestasi kerja guru dalam sektor pendidikan bagi pihak pentadbir dan guru-guru dan seterusnya mencadangkan satu model persamaan struktur (SEM) prestasi kerja guru yang signifikan bagi menyelesaikan isu tersebut. Kerangka konsep kajian dibentuk berdasarkan beberapa teori dan model prestasi kerja yang melihat hubungan antara iklim sekolah, komitmen guru, motivasi guru, kepuasan kerja guru dan prestasi kerja guru. Kepuasan kerja guru uga telah dicadangkan sebagai faktor perantara dalam model SEM. Kajian tinjauan telah dijalankan dan melibatkan 10054 orang guru di sekolah-sekolah menengah Negeri Sarawak. Data telah dianalisis menggunakan teknik Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor iklim sekolah (kepimpinan pengetua dan interaksi guru), komitmen guru (komitmen afektif, berterusan dan normatif ), motivasi guru (tugas pengajaran, pentadbiran dan sampingan), dan kepuasan kerja guru (kepuasan ekstrinsik dan kepuasan intrinsik) dengan prestasi kerja guru. Hubungan-hubungan ini telah membentuk satu model persamaan prestasi kerja guru yang mempunyai ketepatan ramalan relevan peringkat sederhana. Faktor kepuasan kerja guru kerjaya juga didapati memberi sumbangan paling penting kepada prestasi kerja guru berbanding faktor iklim sekolah, komitmen guru dan motivasi guru. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru berperanan sebagai perantara dalam model dengan kekuatan separa dengan iklim sekolah dan komitmen guru tetapi berperanan sebagai perantara dalam model kekuatan penuh dengan motivasi guru Akhir sekali, penerapan elemen-elemen model struktur ini kepada guru-guru dijangka mampu memberi sumbangan kepada pihak pentadbir dan guru dalam memperbaiki prestasi kerja guru mereka dengan lebih berkesan dan efektif.