ASIMILASI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS KE DALAM BAHASA DUSUN LABUK, SABAH

Kajian penelitian tentang asimilasi bahasa selalunya memberikan tumpuan kepada bagaimana sesuatu perkataan diubah mengikut acuan penutur untuk menggunakannya. Asimilasi juga terkait dengan kajian-kajian perbandingan kosa kata berdasarkan senarai kata Swadesh yang sangat popular. Kajian Noriah Mohame...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: FRIEDYREY JOEY, MUSTALIP
格式: Thesis
語言:English
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://ir.unimas.my/id/eprint/34698/1/Friedyrey.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian penelitian tentang asimilasi bahasa selalunya memberikan tumpuan kepada bagaimana sesuatu perkataan diubah mengikut acuan penutur untuk menggunakannya. Asimilasi juga terkait dengan kajian-kajian perbandingan kosa kata berdasarkan senarai kata Swadesh yang sangat popular. Kajian Noriah Mohamed bersama Rohani Yusof (2004) sangat banyak menghuraikan tentang status perbandingan bahasa-bahasa tempatan di Sarawak. Kajian pada kali ini adalah untuk mengenal pasti asimilasi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Dusun Labuk, Sabah. Kajian ini juga bermatlamat untuk mengetahui bagaimana fenomena mengasimilasikan bahasa luar terjadi kepada penututr bahasa tersebut, yang mana kebanyakkan maklum balas yang diterima adalah atas faktor-faktor suasana persekitaran dan sebagainya. Kajian juga tertumpu untuk menyenaraikan kosa kata bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang mengalami asimilasi. Ini menunjukkan 10 kosa kata yang diasimilasi daripada bahasa Melayu dan hanya 3 perkataan sahaja diasimilasi daripada bahasa Inggeris. Fokus juga diberikan kepada perkiraan peratus perkognatan kata antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terhadap bahasa Dusun Labuk dengan menggunakan kaedah Leksikostatistik. Berdasarkan 100 kata swadesh didapati sebanyak 24% daripada senarai kata itu berkognat dengan bahasa Dusun Labuk, manakala bahasa Inggeris hanya menghasilkan sebanyak 3% perkognatan kata sahaja.