UNSUR ALAM DALAM PERIBAHASA IBAN (JAKU’ SEMPAMA): SATU ANALISIS SEMANTIK INKIUSITIF

Penggunaan peribahasa dalam masyarakat Iban menggambarkan bahawa masyarakat ini juga turut menjaga kesantunan berbahasa dalam memberikan teguran, nasihat atau sindiran kepada orang lain. Unsur-unsur yang digunakan dalam peribahasa juga mencerminkan dan memaparkan budaya yang terdapat pada masyarakat...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: RUSSEL DUNDANG, JEFFREY
格式: Thesis
語言:English
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://ir.unimas.my/id/eprint/34745/1/Russel%20Dundang%20Jeffrey%20ft.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penggunaan peribahasa dalam masyarakat Iban menggambarkan bahawa masyarakat ini juga turut menjaga kesantunan berbahasa dalam memberikan teguran, nasihat atau sindiran kepada orang lain. Unsur-unsur yang digunakan dalam peribahasa juga mencerminkan dan memaparkan budaya yang terdapat pada masyarakat ini dengan mengaplikasikan pengalaman dan pengamatan mereka terhadap alam sekeliling. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis unsur alam dalam jaku’ sempama Iban menggunakan analisis semantik Inkuisitif. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji berpandukan dua objektif iaitu menyenaraikan dan mengenal pasti 24 peribahasa Iban (jaku’ sempama) yang mengandungi unsur alam dalam penciptaannya dan menganalisis akal budi dan falsafah masyarakat Iban dalam penciptaan peribahasa Iban (jaku’ sempama) dengan menggunakan semantik Inkuisitif. Unsur alam tersebut akan dibahagikan kepada 4 domain iaitu haiwan, tumbuhan, sumber atau tenaga, dan alam semesta. Dalam mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu menggunakan data korpus dan menemu bual 2 informan. Analisis dalam kajian ini turut menggunakan pendekatan semantik inkuisitif bagi menjelaskan makna, kognitif dan memasukkan falsafah serta akal budi masyarakat Iban berkenaan peribahasa yang dipilih. kajian ini juga memasukkan ilmu daripada bidang lain dalam mencungkil persoalan penggunaan unsur alam dalam peribahasa Iban. Hasil kajian mendapati terdapatnya falsafah di sebalik penciptaan sesuatu peribahasa masyarakat Iban yang dapat dikaitkan dengan budaya masyarakat tersebut.