Amalan federalisme dalam pentadbiran harta pusaka Islam di Malaysia

Pentadbiran dan pembahagian harta pusaka sememangnya memerlukan satu proses dan prosedur yang teliti bagi mengelak sebarang penyelewengan berlaku ke atas hak perwarisan waris atau benefisiari. Pelbagai institusi pentadbiran dan pembahagian harta pusaka wujud bersama peruntukan undang-undang yang...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mat Adbullah, Hani Kamariah
格式: Thesis
语言:English
出版: 2020
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104639/1/HANI%20KAMARIAH%20-%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Pentadbiran dan pembahagian harta pusaka sememangnya memerlukan satu proses dan prosedur yang teliti bagi mengelak sebarang penyelewengan berlaku ke atas hak perwarisan waris atau benefisiari. Pelbagai institusi pentadbiran dan pembahagian harta pusaka wujud bersama peruntukan undang-undang yang mengiktiraf bidang kuasa di setiap peringkat proses pentadbiran dan pembahagian terutamanya tuntutan harta pusaka melibatkan orang Islam kesan dari ciri bentuk pemerintahan dan pentadbiran federalisme. Permasalahan utama kajian berpunca daripada jumlah harta pusaka tidak dituntut atau harta beku saban tahun meningkat berpunca dari kesadaran dan komitmen waris. Membimbangkan lagi kepelbagaian institusi menjadi penyumbang kepada faktor harta pusaka tidak dituntut kerana kekeliruan di kalangan orang awam. Objektif kajian adalah menjelaskan sistem pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam merujuk amalan federalisme di Malaysia, mengenalpasti bentuk federalisme yang sesuai diamalkan dalam sistem pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia seterusnya mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia. Metodologi kajian berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temubual. Hasil kajian mendapati sistem perundangan menurut ciri federalisme memberi ruang kepada perlaksanaan kerjasama pentadbiran yang perlu dipergiat dan ditambah baik dalam melancarkan pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia.