Digital Appreciation Center: Perpustakaan Digital Tempatan Bidang Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat

Perpustakaan digital adalah satu konsep dan pendekatan baru dalam perkhidmatan perpustakaan untuk alaf akan datang. Kaedah moden dalam perkhidmatan maklumat ini telah membawa beberapa perubahan kepada perkhidmatan tradisi perpustakaan. Penggunaan teknologi maklumat yang meluas, terutama dalam pem...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Abdullah, Salmah
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
منشور في: 2001
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11925/1/FSKTM_2001_15.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Perpustakaan digital adalah satu konsep dan pendekatan baru dalam perkhidmatan perpustakaan untuk alaf akan datang. Kaedah moden dalam perkhidmatan maklumat ini telah membawa beberapa perubahan kepada perkhidmatan tradisi perpustakaan. Penggunaan teknologi maklumat yang meluas, terutama dalam pembangunan dan pengurusan aplikasi dan pendigitan maklumat akan memainkan peranan penting di dalam perpustakaan. Satu perpustakaan digital yang dinamakan "Digital Appreciation Center : Perpustakaan Digital Tempatan Bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat" telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan maklumat pengguna dalaman dan penjelajah Web serta membantu pengguna mengeksploitasi sepenuhnya bahan, maklumat dan perkhidmatan dihujung jari pengguna. Ia juga dibangunkan sebagai satu alat rujukan untuk Program Pendidikan Pengguna. Elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, bunyi dan interaktiviti telah diterapkan untuk memberi persembahan laman web yang menarik. Pengguna boleh mencapai perkhidmatan maklumat bibliografik, pangkalan data istilah, artikel pendek dan pautan kepada sumber maklumat tempatan serta global dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat. Penyelenggara laman web boleh mengurus data dan mencapai laporan pengurusan. Sistem ini telah dibangunkan menggunakan HTML, PHP, Java applets dan Javascript serta beroperasi di atas perisian pelayan Omnihttpd v.2.08; dan boleh dicapai di alamat http://web.myvirtec.netimaster/elibrary.