Pembentukan sistem pensaizan pakaian remaja berdasarkan kajian antropometri

Antropometri adalah satu kaedah untuk mendapatkan ukuran badan dan digunakan dalam membentuk saiz pakaian. Industri pembuatan pakaian sehingga kini menggunakan standard saiz yang berbeza-beza. Disebabkan ketiadaan ukuran badan berasaskan ukuran badan sebenar pengguna dalam penghasilan pakaian di Mal...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Bohari, Shahrizal
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 2010
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27730/1/FEM%202011%2016R.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Antropometri adalah satu kaedah untuk mendapatkan ukuran badan dan digunakan dalam membentuk saiz pakaian. Industri pembuatan pakaian sehingga kini menggunakan standard saiz yang berbeza-beza. Disebabkan ketiadaan ukuran badan berasaskan ukuran badan sebenar pengguna dalam penghasilan pakaian di Malaysia, maka industri pembuatan pakaian telah mengubahsuai saiz pakaian berasaskan ukuran badan pengguna luar negara. Oleh itu objektif kajian ini dijalankan untuk mendapatkan ukuran antropometri, mengenal pasti perbezaan ukuran antropometri yang digunakan dalam penghasilan pakaian mengikut gender dan etnik, membentuk carta saiz pakaian berasaskan gender dan membangunkan satu sistem perisian pensaizan pakaian remaja. Melalui analisis ujian-T dan ujian Anova yang dijalankan didapati terdapat perbezaan ukuran antara lelaki dan perempuan dan juga di antara etnik yang telah diasingkan mengikut gender. Terdapat tiga jenis saiz yang berjaya dibentuk. Saiz-saiz tersebut ialah saiz “S” (kecil), saiz “M” (sederhana) dan “L” (besar). Saiz-saiz yang dibentuk adalah berdasarkan ukuran antropometri 390 orang responden kajian. Carta saiz pakaian responden yang dihasilkan telah digunakan dalam penghasilan Sistem Perisian Pensaizan Pakaian responden. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membangunkan Sistem Perisian Pensaizan Pakaian remaja ini berdasarkan ukuran antropometri. Hasil dapatan daripada kajian ini dapat memberi memanfaatkan beberapa pihak iaitu pengguna, industri pembuatan pakaian di Malaysia mahupun luar negara, penyelidik dalam bidang ergonomik, pakar kesihatan, agensi kerajaan dan agensi kerajaan.