Hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan pemain bola sepak Majlis Sukan Selangor Negeri Selangor

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan pemain bola sepak Majlis Sukan Sukan Sekolah Negeri Selangor. Kajian ini meliputi persepsi pemain dengan gaya kepemimpinan jurulatih dan kesepaduan pasukan. Seramai 130 orang pemain bola sepak lelaki b...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Embi, Mohd Zainuri
格式: Thesis
語言:English
出版: 2011
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39716/1/FPP%202011%2039R.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan pemain bola sepak Majlis Sukan Sukan Sekolah Negeri Selangor. Kajian ini meliputi persepsi pemain dengan gaya kepemimpinan jurulatih dan kesepaduan pasukan. Seramai 130 orang pemain bola sepak lelaki bawah 18 tahun yang berumur dari 16 tahun (26.9%), 17 tahun (63.1%), 18 tahun (5.4%) dan 19 tahun (4.6%) terlibat dalam kajian ini. Para pemain telah menjawab dua set soalan iaitu Skala Kepemimpinan Untuk Sukan (SKS) versi persepsi pemain yang mengandungi 40 soalan dan Group Environment Questionaire (GEQ) yang mengandungi 18 soalan. Data statistik yang didapati diproses menggunakan analisis deskriptif, anova sehala, korelasi dan regresi. Dapatan kajian mendapati pemain bola sepak bawah 18 tahun negeri Selangor lebih menggemari gaya kepemimpinan sokongan sosial manakala lain-lain gaya kepemimpinan adalah sederhana. Pemain-pemain tidak menggemari langsung gaya kepemimpinan autokratik. Sememangnya terdapat hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan dalam kalangan pemain bola sepak bawah 18 tahun. Kesemua pemain bola sepak mempunyai hubungan yang sangat jelas dengan kesepaduan berasaskan tugasan berbanding kesepaduan sosial. Dapatan kajian menunjukkan jurulatih menggunakan lebih gaya sokongan sosial agar kesepaduan pasukan dan seterusnya kecemerlangan pasukan tercapai. Di samping itu juga, dapatan kajian menunjukkan jurulatih perlu mempelbagaikan gaya kepemimpinan berdasarkan situasi semasa pada peringkat latihan, pra-pertandingan dan pertandingan sebenar.