Pola Masalah, Kecerdasan Emosi Pelajar dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik di Sekolah Menengah

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji pola masalah yang berkaitan dengan akademik, sosial-psikologikal dan sosio-ekonomi yang mana akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tingkatan empat seramai 340 orang (114 lelaki dan 226 perempuan). Di samping itu, tahap kecerdasan emosi pelajar ju...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Chin, Mei Keong
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 2007
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4827/1/FPP_2007_8.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji pola masalah yang berkaitan dengan akademik, sosial-psikologikal dan sosio-ekonomi yang mana akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tingkatan empat seramai 340 orang (114 lelaki dan 226 perempuan). Di samping itu, tahap kecerdasan emosi pelajar juga dikenalpasti. Kajian turut meninjau hubungan antara pola masalah dengan tahap kecerdasan emosi dan tahap pencapaian akademik pelajar. Senarai Semak Masalah Mooney dan Soal Selidik Kecerdasan Emosi telah digunakan untuk tujuan kajian. Analisis deskriptif menunjukkan masalah yang paling mengganggu pelajar ialah masalah akademik dan kerjaya (Min=1.38, SP=0.68), diikuti oleh masalah psikologikal (Min=1.09, SP=0.59), dan masalah penyesuaian kerja (Min=1.07, SP=0.58). Berdasarkan keputusan ujian-t tidak bersandar, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam skor tahap masalah, t(338)=-2.981, p<.05, dan skor tahap kecerdasan emosi, t(338)=-4.870, p<.05. Pelajar bandar dan pelajar luar bandar turut menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor tahap masalah, t(338)=-3.914, p<.05. Sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar dalam skor tahap kecerdasan emosi iaitu t(338)=-1.608, p> .05.