Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji anteseden bagi konflik interpersonal yang dialami oleh guru-guru sekolah dengan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan Lembah Klang dengan menggunakan Model Proses Konflik. Berdasarkan sorotan literatur, kajian ini telah memfokus kepada faktor komuni...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ong, Swee Ling
格式: Thesis
语言:English
English
出版: 2008
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5554/1/FPP_2008_17a.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji anteseden bagi konflik interpersonal yang dialami oleh guru-guru sekolah dengan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan Lembah Klang dengan menggunakan Model Proses Konflik. Berdasarkan sorotan literatur, kajian ini telah memfokus kepada faktor komunikasi, struktur dan faktor peribadi sebagai anteseden bagi konflik interpersonal. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Sejumlah 156 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data yang dikumpulkan daripada guru-guru digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Ujian analisis data eksploratori, statistik deskriptif (min, kekerapan, peratus) dan statistik inferensi (pekali korelasi hasil darab momen Pearson, analisis regresi berganda) digunakan untuk menganalisasi data. Hasil kajian ini menunjukkan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang mengalami tahap konflik interpersonal sederhana dengan pengetua dalam kerja harian mereka. Tahap konflik interpersonal ini masih dalam tahap yang boleh diterima. Selain itu, tahap ini membolehkan para guru dan pengetua bekerjasama dalam usaha untuk menyempurnakan tugas atau mencapai misi dan visi sekolah. Hasil kajian ini menunjukkan konflik interpersonal berlaku dalam interaksi antara guru-guru dengan pengetua. Berdasarkan analisis korelasi, pembolehubah kepuasan komunikasi, gaya komunikasi interpersonal yang berkesan, kebergantungan tugas, dan kuasa pengetua yang bersesuaian mempunyai perkaitan yang signifikan dan negatif dengan konflik interpersonal. Pembolehubah afektiviti negatif dan personaliti tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan konflik interpersonal. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan bahawa hanya sebahagian daripada model telah disokong oleh data kajian. Hasil ini membuktikan bahawa kepuasan komunikasi, kebergantungan tugas dan kuasa pengetua yang bersesuaian merupakan tiga peramal yang telah berjaya menyumbang sebanyak 64.6 peratus kepada varians bagi tahap konflik interpersonal. Ini bermakna dengan meningkatkan kepuasan komunikasi interpersonal, kebergantungan tugas dan kuasa pengetua yang bersesuaian, tahap konflik interpersonal boleh dikurangkan. Berasaskan keputusan kajian, adalah dicadangkan supaya para pendidik seharusnya lebih menitikberatkan peramal-peramal signifikan yang dihasilkan daripada kajian ini. Model Proses Konflik boleh digunakan oleh penyelidik akan datang untuk membantu mereka mengenal pasti anteseden bagi konflik interpersonal.