Puisi Melayu dalam drama-drama Noordin Hassan

Dalam menghasilkan sesebuah karya drama, Noordin Hassan sering menggunakan puisi-puisi Melayu sebagai komponen isi dalam kesemua dramanya. Teknik kepengarangan tersebut menjadikan drama Noordin Hassan berbeza dengan karya dramatis yang lain. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti da...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohamad, Nik Fazli
格式: Thesis
語言:English
出版: 2015
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57441/1/FBMK%202015%2023RR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Dalam menghasilkan sesebuah karya drama, Noordin Hassan sering menggunakan puisi-puisi Melayu sebagai komponen isi dalam kesemua dramanya. Teknik kepengarangan tersebut menjadikan drama Noordin Hassan berbeza dengan karya dramatis yang lain. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan mengkategorikan jenis-jenis puisi Melayu yang digunakan oleh Noordin Hassan dalam skrip dramanya. Di samping itu juga perbincangan ini juga dilakukan bertujuan untuk menganalisis fungsi-fungsi puisi Melayu yang digunakan oleh Noordin Hassan dalam setiap isi dramanya. Melalui kajian ini, sebanyak 15 buah skrip drama Noordin Hassan telah dipilih untuk dianalisis iaitu 13 buah skrip drama yang telah diterbitkan oleh Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan dua buah drama eceran yang telah dimuatkan dalam Dewan Sastera. Kajian ini juga akan menggunakan Teori Konseptual Kata Kunci yang diasaskan oleh sarjana dari Universiti Malaya iaitu Mohamad Mokhtar Abu Hassan pada tahun 2001 sebagai landasan kajian. Hasil daripada dapatan kajian telah menemukan 11 buah puisi-puisi Melayu iaitu 10 jenis puisi Melayu tradisional dan sebuah puisi Melayu moden iaitu sajak. Selain itu, penggunaan puisipuisi tersebut berfungsi sebagai aspek keindahan, nasihat dan pengajaran, hiburan dan pemerian dalam drama Noordin Hassan.