Cinta kepada Ilahi dalam puisi Darma Mohammad

Kajian ini dilakukan untuk meneliti konsep cinta kepada Ilahi dalam puisi Darma Muhammad. Hal ini demikian kerana, gambaran cinta manusia kepada Allah S.W.T. meliputi segala-galanya termasuklah penciptaannya dalam karya sastera. Walau demikian, kehadiran penyair-penyair Islamik yang cukup disegani s...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ibrahim, Mohd Daud
格式: Thesis
語言:English
出版: 2015
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60359/1/FBMK%202015%2060IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dilakukan untuk meneliti konsep cinta kepada Ilahi dalam puisi Darma Muhammad. Hal ini demikian kerana, gambaran cinta manusia kepada Allah S.W.T. meliputi segala-galanya termasuklah penciptaannya dalam karya sastera. Walau demikian, kehadiran penyair-penyair Islamik yang cukup disegani seperti Suhaimi Haji Muhammad, Ahmad Kamal Abdullah dan Darma Muhammad membawa pengolahan yang berbagai berhubung sesebuah karya yang dihasilkan. Namun, sehinggan kini kajian yang menyeluruh tentang puisi-puisi Darma Mohammad masih kurang berbanding penyair-penyair Islamik yang lain seperti Suhaimi Haji Muhammad, Ahmad Kamal Abdullah, Nahmar Jamil dan beberapa orang lagi. Justeru, timbul persoalan mengapa puisi-puisi Darma Mohammad masih tidak mendapat perhatian yang menyeluruh dalam sesebuah kajian. Sedangkan dari sudut kepenyairannya, beliau telah diperakui cukup prolifik menghasilkan puisi-puisi sedemikian. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dan menganalisis cinta kepada Ilahi dalam puisi-puisi Darma Mohammad. Selain itu, menganalisis konsep cinta kepada Ilahi dalam puisi-puisi Darma Mohammad. Tumpuan perbincangan cinta kepada Ilahi yang diketengahkan oleh pengkaji dalam kajian ini merangkumi tiga konsep yang utama iaitu cinta kepada Ilahi meliputi konsep kekasih dan perindu (mahbubasyik),cinta kepada Ilahi meliputi konsep mendekati Allah melalui jalan-jalan Sufi dan kerohanian serta cinta kepada Ilahi meliputi konsep kehambaan (ubudiyyah). Sebanyak empat buah kumpulan puisi karya Darma Mohammad telah dianalisis. Antara kumpulan puisi yang dianalisis iaitu kumpulan puisi Gernyut Nafas (1989),kumpulan puisi Janjang Iktikaf (2003), kumpulan puisi Nafas Dari Lembah Atar (2009) dan kumpulan Puisi Ufuk Fikir (2012). Dapatan kajian mendapati bahawa, beberapa buah puisi Darma Mohammad jelas memaparkan mengenai beberapa konsep cinta kepada Ilahi yang dibawakan dalam kajian. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengkaji menggunakan keadah penerapan teoritikal Konseptual Kata Kunci bagi melihat kata kunci dan ungkapan-ungkapan berunsurkan cinta kepada Ilahi digunakan oleh penyair dalam usahanya menunjukkan perasaan cintanya kepada Allah S.W.T. Oleh yang demikian, kajian ini diharap mampu memberikan lagi satu imput yang mendalam terhadap karya-karya penulis puisi tempatan.