Cinta kepada Ilahi dalam puisi Darma Mohammad

Kajian ini dilakukan untuk meneliti konsep cinta kepada Ilahi dalam puisi Darma Muhammad. Hal ini demikian kerana, gambaran cinta manusia kepada Allah S.W.T. meliputi segala-galanya termasuklah penciptaannya dalam karya sastera. Walau demikian, kehadiran penyair-penyair Islamik yang cukup disegani s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim, Mohd Daud
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60359/1/FBMK%202015%2060IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk meneliti konsep cinta kepada Ilahi dalam puisi Darma Muhammad. Hal ini demikian kerana, gambaran cinta manusia kepada Allah S.W.T. meliputi segala-galanya termasuklah penciptaannya dalam karya sastera. Walau demikian, kehadiran penyair-penyair Islamik yang cukup disegani seperti Suhaimi Haji Muhammad, Ahmad Kamal Abdullah dan Darma Muhammad membawa pengolahan yang berbagai berhubung sesebuah karya yang dihasilkan. Namun, sehinggan kini kajian yang menyeluruh tentang puisi-puisi Darma Mohammad masih kurang berbanding penyair-penyair Islamik yang lain seperti Suhaimi Haji Muhammad, Ahmad Kamal Abdullah, Nahmar Jamil dan beberapa orang lagi. Justeru, timbul persoalan mengapa puisi-puisi Darma Mohammad masih tidak mendapat perhatian yang menyeluruh dalam sesebuah kajian. Sedangkan dari sudut kepenyairannya, beliau telah diperakui cukup prolifik menghasilkan puisi-puisi sedemikian. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dan menganalisis cinta kepada Ilahi dalam puisi-puisi Darma Mohammad. Selain itu, menganalisis konsep cinta kepada Ilahi dalam puisi-puisi Darma Mohammad. Tumpuan perbincangan cinta kepada Ilahi yang diketengahkan oleh pengkaji dalam kajian ini merangkumi tiga konsep yang utama iaitu cinta kepada Ilahi meliputi konsep kekasih dan perindu (mahbubasyik),cinta kepada Ilahi meliputi konsep mendekati Allah melalui jalan-jalan Sufi dan kerohanian serta cinta kepada Ilahi meliputi konsep kehambaan (ubudiyyah). Sebanyak empat buah kumpulan puisi karya Darma Mohammad telah dianalisis. Antara kumpulan puisi yang dianalisis iaitu kumpulan puisi Gernyut Nafas (1989),kumpulan puisi Janjang Iktikaf (2003), kumpulan puisi Nafas Dari Lembah Atar (2009) dan kumpulan Puisi Ufuk Fikir (2012). Dapatan kajian mendapati bahawa, beberapa buah puisi Darma Mohammad jelas memaparkan mengenai beberapa konsep cinta kepada Ilahi yang dibawakan dalam kajian. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengkaji menggunakan keadah penerapan teoritikal Konseptual Kata Kunci bagi melihat kata kunci dan ungkapan-ungkapan berunsurkan cinta kepada Ilahi digunakan oleh penyair dalam usahanya menunjukkan perasaan cintanya kepada Allah S.W.T. Oleh yang demikian, kajian ini diharap mampu memberikan lagi satu imput yang mendalam terhadap karya-karya penulis puisi tempatan.