Reka bentuk dan prestasi peranti pemeteran penabur terus biji benih padi

Satu bentuk pemeteran benih padi telah direkabentuk untuk meletakkan padi pracambah dalam jumlah yang terbaik untuk menghasilkan pertumbuhan pokok padi yang sihat. Dimensi, sifat semulajadi dan betuk benih telah diambilkira semasa mereka bentuk komponen-komponen peranti pemeteran ini. Pengukuran...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Syed Abdul Majid, Syed Abdul Hakim
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2008
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7782/1/FK_2008_92A.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Satu bentuk pemeteran benih padi telah direkabentuk untuk meletakkan padi pracambah dalam jumlah yang terbaik untuk menghasilkan pertumbuhan pokok padi yang sihat. Dimensi, sifat semulajadi dan betuk benih telah diambilkira semasa mereka bentuk komponen-komponen peranti pemeteran ini. Pengukuran dimensi benih padi serta kesesuaian bahan adalah berasaskan benih padi dari variety MR220. Peranti pemeteran yang dihasilkan telah diuji di dalam dan luar makmal dengan mengenakan beberapa faktor luaran yang boleh mempengaruhi prestasi dan perlakuan alat tersebut. Faktor luaran yang dikenakan kepada anak benih adalah kelembapan benih padi, kelajuan tolakan angin dan kelajuan pusingan peranti. Selain dari itu peranti juga diuji secara manual dan juga dengan traktor di tapak sawah kering. Dari keseluruhan pengujian yang dibuat, dapat dikatakan bahawa prestasi peranti pemeteran sangat dipengaruhi oleh kelembapan biji benih padi. Benih padi dalam keadaan kering amat mudah melungsur keluar dari unit permeteran tersebut tetapi benih padi basah amat sukar di lepaskan dan penggunaan hembusan udara berterusan ke dalam takung benih dapat mengatasi masalah tersebut. Pada keadaan kering, purata jumlah benih padi yang dilepaskan dari unit pemeteran tersebut adalah sebanyak 5 butir dalam satu longgokkan. Pengujian dengan benih padi dalam keadaan lembap dibantu denga hembusan angin pula menghasilkan purata sejatuhan sebanyak 3 butir. Selain dari itu peranti pemeteran tersebut dapat memberikan purata jarak jatuhan benih sejauh 22sm pada semua keadaan ujikaji.