Kerjasama Masyarakat Dalam Projek Pembangunan Komuniti di Mukim Chenderiang, Tapah, Perak

Tujuan utama penyelidikan ini ialah untuk mengkaji profail beberapa pembolehubah bebas dan bersandar serta keterkaitan di antara kedua pembolehubah. Pembolehubah bebas iaitu ciri-ciri sosioekonomi dan demografi, sikap terhadap penerimaan program PPRT, pengetahuan responden mengenai PPRT, keperlu...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nasution, Saipul Anwar
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1997
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8206/1/FEM_1997_4_A.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan utama penyelidikan ini ialah untuk mengkaji profail beberapa pembolehubah bebas dan bersandar serta keterkaitan di antara kedua pembolehubah. Pembolehubah bebas iaitu ciri-ciri sosioekonomi dan demografi, sikap terhadap penerimaan program PPRT, pengetahuan responden mengenai PPRT, keperluan responden. pengaruh keluarga atau kawan-kawan dan peranan agensi pelaksana. Pembolehubah bersandar adalah kerjasama masyarakat yang terdiri daripada penerimaan dan penggunaan bantuan kerajaan dengan efisien, mengikuti kursus-kursus. menghadiri mesyuarat dan bantuan dalam menjayakan PPRT. Penyelidik menggunakan soalselidik untuk mengetahui latar belakang responden PPRT dan tingkat kerjasama responden bagi mengumpulkan data penyelidikan. Responden kajian diambil daripada 57 orang ketua isi rumah (KIR) masyarakat termiskin yang menjadi peserta PPRT di Mukim Chenderiang, Perak. Penyelidikan ini mendapati pendapatan responden secara purata masih di bawah garis kemiskinan iaitu RM153.50 untuk 4 orang isi rumah. Sikap responden terhadap program PPRT cukup positif. Mereka bekerjasama dalam menghadiri mesyuarat dan menyertai kursus. Persepsi dan pengetahuan responden tentang PPRT sangat baik. Kerjasama responden dalam menjayakan PPRT dan mengusahakan bantuan agak lemah, ini disebabkan kuantiti bantuan yang diberi kurang memuaskan dan tidak sesuai dengan keperluan-keperluan responden. Responden mengakui bahawa penyertaan mereka dalam PPRT bukan seluruhnya didorong keluarga dan kawan. Pihak kerajaan perlu meneliti dahulu secara mendalam terhadap keperluan-keperluan dan masalah pembangunan di Mukim Chenderiang. Hal ini dilakukan supaya pelaksanaan pembangunan berhubungkait dengan masalah yang berlaku sehingga kesan pembangunan memberi manfaat terhadap responden. Sesuatu pembangunan yang dijalankan tanpa memperdulikan keperluan anggota komuniti tempatan menyebabkan sikap prasangka komuniti terhadap kerajaan. Agen pembangunan yang ditugaskan kurang memberikan sepenuh masa dalam melaksanakan program PPRT. Agen tidak berusaha mengajak responden agar sama-sama menjalankan aktiviti PPRT. Agensi hanya melaksanakan sendiri program PPRT tanpa mengajak responden sehingga hubungan kerjasama kurang terjalin.