Strategi pemasaran buku ilmiah berbahasa Melayu di Malaysia
Buku ilmiah berbahasa Melayu mempunyai peranan penting sebagai medium penyampaian ilmu melalui penggunaan bahasa tulisan yang dapat dibaca oleh masyarakat. Namun penerbitan buku ilmiah berbahasa Melayu kurang diberi perhatian dan sukar menjadi pilihan sebagai bahan rujukan oleh golongan sasaran beri...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | أطروحة |
اللغة: | English |
منشور في: |
2018
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83392/1/FBMK%202018%2084%20-%20ir.pdf |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Buku ilmiah berbahasa Melayu mempunyai peranan penting sebagai medium penyampaian ilmu melalui penggunaan bahasa tulisan yang dapat dibaca oleh masyarakat. Namun penerbitan buku ilmiah berbahasa Melayu kurang diberi perhatian dan sukar menjadi pilihan sebagai bahan rujukan oleh golongan sasaran berikutan standard bahasa yang digunakan adalah tinggi dan sukar untuk difahami oleh pembaca, keadaan ini telah menjejaskan landskap penerbitan buku ilmiah berbahasa Melayu negara. Namun begitu, masih ada buku ilmiah berbahasa Melayu yang mendapat pengiktirafan buku di peringkat tempatan dan antarabangsa. Hal ini jelas membuktikan bahawa kualiti buku dalam proses penerbitan menjadi strategi melariskan buku tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti buku ilmiah berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) dan menganalisis strategi pemasaran buku ilmiah berbahasa Melayu tersebut dengan menggunakan prinsip pemasaran 4P oleh Kotler & Armstrong (1996). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa, Penerbit UPM telah mengguna pakai prinsip 4P sebagai strategi pemasaran buku ilmiah mereka apabila buku ilmiah terbitan UPM terbukti mempunyai pasaran tersendiri dalam industri perbukuan negara. |
---|