Strategi pemasaran buku ilmiah berbahasa Melayu di Malaysia

Buku ilmiah berbahasa Melayu mempunyai peranan penting sebagai medium penyampaian ilmu melalui penggunaan bahasa tulisan yang dapat dibaca oleh masyarakat. Namun penerbitan buku ilmiah berbahasa Melayu kurang diberi perhatian dan sukar menjadi pilihan sebagai bahan rujukan oleh golongan sasaran beri...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Asri, Nurul Fadzlin
格式: Thesis
語言:English
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83392/1/FBMK%202018%2084%20-%20ir.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Buku ilmiah berbahasa Melayu mempunyai peranan penting sebagai medium penyampaian ilmu melalui penggunaan bahasa tulisan yang dapat dibaca oleh masyarakat. Namun penerbitan buku ilmiah berbahasa Melayu kurang diberi perhatian dan sukar menjadi pilihan sebagai bahan rujukan oleh golongan sasaran berikutan standard bahasa yang digunakan adalah tinggi dan sukar untuk difahami oleh pembaca, keadaan ini telah menjejaskan landskap penerbitan buku ilmiah berbahasa Melayu negara. Namun begitu, masih ada buku ilmiah berbahasa Melayu yang mendapat pengiktirafan buku di peringkat tempatan dan antarabangsa. Hal ini jelas membuktikan bahawa kualiti buku dalam proses penerbitan menjadi strategi melariskan buku tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti buku ilmiah berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) dan menganalisis strategi pemasaran buku ilmiah berbahasa Melayu tersebut dengan menggunakan prinsip pemasaran 4P oleh Kotler & Armstrong (1996). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa, Penerbit UPM telah mengguna pakai prinsip 4P sebagai strategi pemasaran buku ilmiah mereka apabila buku ilmiah terbitan UPM terbukti mempunyai pasaran tersendiri dalam industri perbukuan negara.