Pengaruh kecerdasan emosi (EQ) dan amalan keibubapaan ibu terhadap EQ remaja

Kajian ini bertujuan mengenalpasti perkaitan dan sumbangan kecerdasan emosi (EQ) ibu, perapatan ibu-remaja dan caragaya keibubapaan ibu terhadap kecerdasan emosi (EQ) remaja. Kajian ini telah juga menentukan perkaitan di antara faktor latar belakang ibu dan remaja dengan EQ remaja. Sampel kaji...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Teh, Fui Khim
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 2001
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8770/1/FEM_2001_1%20IR.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan mengenalpasti perkaitan dan sumbangan kecerdasan emosi (EQ) ibu, perapatan ibu-remaja dan caragaya keibubapaan ibu terhadap kecerdasan emosi (EQ) remaja. Kajian ini telah juga menentukan perkaitan di antara faktor latar belakang ibu dan remaja dengan EQ remaja. Sampel kajian terdiri daripada 305 pasangan ibu-anak berbilang kaum daripada tujuh buah sekolah menengah di sekitar daerah Seremban. Sampel tetah terpilih secara rawak berlapis dan maklumat dikumpul melalui borang soal selidik. EQ remaja dan ibu telah diukur dengan menggunakan Emotional Intelligence Scale (Shutte et. al., 1998). Adolescence Attachment Questionnaire (West et. al. 1998) telah digunakan untuk mengukur perapatan ibu-remaja, manakala caragaya keibubapaan diukur dengan menggunakan Parental Authority Questionnaire (Buri, 1994). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statiscal Package for the Social Science (SPSS). Ujian Korelasi Pearson, ANOVA Sehala dengan Pos Hoc Scheffe dan Regresi 8erganda 'stepwise' telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian.