Pengaruh kecerdasan emosi (EQ) dan amalan keibubapaan ibu terhadap EQ remaja

Kajian ini bertujuan mengenalpasti perkaitan dan sumbangan kecerdasan emosi (EQ) ibu, perapatan ibu-remaja dan caragaya keibubapaan ibu terhadap kecerdasan emosi (EQ) remaja. Kajian ini telah juga menentukan perkaitan di antara faktor latar belakang ibu dan remaja dengan EQ remaja. Sampel kaji...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Teh, Fui Khim
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 2001
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8770/1/FEM_2001_1%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan mengenalpasti perkaitan dan sumbangan kecerdasan emosi (EQ) ibu, perapatan ibu-remaja dan caragaya keibubapaan ibu terhadap kecerdasan emosi (EQ) remaja. Kajian ini telah juga menentukan perkaitan di antara faktor latar belakang ibu dan remaja dengan EQ remaja. Sampel kajian terdiri daripada 305 pasangan ibu-anak berbilang kaum daripada tujuh buah sekolah menengah di sekitar daerah Seremban. Sampel tetah terpilih secara rawak berlapis dan maklumat dikumpul melalui borang soal selidik. EQ remaja dan ibu telah diukur dengan menggunakan Emotional Intelligence Scale (Shutte et. al., 1998). Adolescence Attachment Questionnaire (West et. al. 1998) telah digunakan untuk mengukur perapatan ibu-remaja, manakala caragaya keibubapaan diukur dengan menggunakan Parental Authority Questionnaire (Buri, 1994). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statiscal Package for the Social Science (SPSS). Ujian Korelasi Pearson, ANOVA Sehala dengan Pos Hoc Scheffe dan Regresi 8erganda 'stepwise' telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian.