Kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko di luar bandar

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga yang berisiko di luar bandar. Selain itu, kajian ini menentukan perkaitan di antara ciri sosioekonomi dan faktor latarbelakang perkahwinan dengan kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Omar, Noralina
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2001
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8774/1/FEM_2001_3%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga yang berisiko di luar bandar. Selain itu, kajian ini menentukan perkaitan di antara ciri sosioekonomi dan faktor latarbelakang perkahwinan dengan kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko. Perkaitan di antara kualiti perkahwinan dengan kualiti tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga tersebut telah juga dianalisis dalam kajian ini. Sampel kajian ini terdiri daripada 420 isteri berbangsa Melayu yang menetap di kawasan luar bandar daerah terpilih di 4 buah negeri (Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor). Sampel dipilih secara rawak dan maklumat dikumpulkan menggunakan borang soal selidik, di mana responden telah ditemubual secara bersemuka. KuaHti perkahwinan diukur dengan menggunakan Kansas Marital Satisfaction Scale (Schumm, 1986) yang telah diubahsuai (Rumaya, 1997) untuk aspek kepuasan, Marital Problem Questionnaire (Douglass & Douglass, 1995) untuk aspek masalah perkahwinan dan Conflict Tactic Scales (Straus, 1979) untuk aspek kemahiran mengendali konflik. Kualiti tingkahlaku keibubapaan pula diukur dengan menggunakan Parental Questionnaire (Lempers, Clark-Lempers & Simons, 1989).