Tanggapan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di enam buah sekolah menengah di Perak

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu program dan kegiatan terancang yang dijalankan di semua sekolah menengah di seluruh negara. Tujuannya ialah untuk membimbing pelajar mengatasi masalah yang dihadapi serta membantu mereka memahami diri, kebolehan dan memperkembangkan potensi ya...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd. Dom, Alimuddin
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1988
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8860/1/FPP_1988_4%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu program dan kegiatan terancang yang dijalankan di semua sekolah menengah di seluruh negara. Tujuannya ialah untuk membimbing pelajar mengatasi masalah yang dihadapi serta membantu mereka memahami diri, kebolehan dan memperkembangkan potensi yang sedia ada pada diri mereka. Perkhidmatan ini juga akan bertindak memberi makiumat di dalam bidang pelajaran dan kerjaya mereka. Program Bimbingan dan Kaunseling dijalankan oleh kaunselor sepanjang tahun di semua sekolah menengah. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti tanggapan pelajar terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dari segi fungsi, keupayaan dan keberkesanannya. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sama ada wujud perbezaantanggapan di antara pelajar-pelajar bandar dan luar bandar serta pelajar-pelajar lelaki dan perempuan terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunse1ing. Kajian ini di jalankan di enam buah sekolah di daerah Larut dan Matang, Perak. Seramai 600 pelajar dipilih sebagai subjek kajian yang terdiri daripada 300 pelajar lelaki dan 300 pelajar perempuan. Kajian ini dija1ankan dengan soal selidik yang mengandungi 34 item. Data-data yang didapati dianalisis dengan cara taburan kekerapan, peratusan dan chi-square. Hasil kajian secara kese1uruhannya menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai tanggapan yang positif terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunse1ing. Tidak banyak perbezaan yang signifikan di antara tanggapan pelajar bandar dan luar bandar serta di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kenyataan-kenyataan mengenai perkhidmatan tersebut. Namun demikian ada juga terdapat tanggapan-tanggapan yang berbeza di kalangan responden yang berlainan lokaliti dan jantina terhadap beberapa kenyataan yang dikemukakan.