Hubungan Latar Belakang Guru dengan Persepsi Terhadap Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dan melihat hubungan antara pembolehubah latar belakang guru dengan persepsi terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Selain itu, kajian ini mengkaji perkaitan antara pembolehuba...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Samin, Habibah
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 1995
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8911/1/FPP_1995_3_A.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dan melihat hubungan antara pembolehubah latar belakang guru dengan persepsi terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Selain itu, kajian ini mengkaji perkaitan antara pembolehubah iaitu kepentingan latihan dan kemahiran guru, sokongan dan motivasi pengetua sekolah, dan juga kemudahan bekalan peralatan Kemahiran Hidup dengan persepsi guru terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Populasi kajian ialah semua guru Kemahiran Hidup sekolah menengah daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan kiraan frekuensi, peratusan, ujian-t dan korelasi Pearson. HasH kajian adalah seperti berikut: (1) Keseluruhan guru mempunyai persepsi yang positif terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup, (2) Kebanyakan mereka merupakan guru bukan siswazah yang telah mengikuti kursus dalam perkhidmatan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup, (3) Guru menganggap latihan dan kemahiran adalah penting, (4) Mereka menganggap kemudahan bekalan peralatan dan bahan bantu mengajar mencukupi dan juga pengetua memberi sokongan dan motivasi terhadap usaha mereka, (5)Terdapat hubungan yang signi fikan di antara pembolehubah-pembolehubah (umur, kepentingan latihan dan kemahiran, kemudahan bekalan peralatan dan bahan bantu mengajar, dan pembolehubah sokongan dan motivasi pengetua) dengan persepsi terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dan (6) Pembolehubah kursus dalam perkhidmatan yang dihadiri menunjukkan perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun pembolehubah jantina, pengalaman mengajar, dan pengkhususan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak menunjukkan perkaitan dan perbezaan dengan persepsi guru terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran hidup.