Hubungan persepsi faktor organisasi dengan kepuasan kerja kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kakitangan JAIS. Objektif khususnya ialah untuk i) mengenalpasti persepsi terhadap tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ; ii) mengenalpasti persepsi kakitangan JAIS terhadap faktor polisi...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Arup, Rosli
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1998
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9021/1/FPP_1998_36%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kakitangan JAIS. Objektif khususnya ialah untuk i) mengenalpasti persepsi terhadap tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ; ii) mengenalpasti persepsi kakitangan JAIS terhadap faktor polisi organisasi, bebanan tugas dan kemudahan di temp at kerja di JAIS; iii) mengenalpasti perkaitan antara persepsi organisasi dengan tahap kepuasan kerja; dan iv) mengenalpasti perkaitan ciri-ciri demografik dengan tahap kepuasan kerja. Satu set soal selidik digunakan untuk mengukur aspek-aspek persepsi kepuasan kerja responden yang terdiri daripada populasi 147 orang kakitangan daripada semua peringkat jawatan dan gred gaji di bahagian dan di daerah Sarawak.Data telah dikumpulkan dan diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Penemuan kajian menunjukkan hampir keseluruhan kakitangan JAIS merasa puas dengan pekerjaan mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor-faktor organisasi bagi polisi organisasi (r=0.609, p=0.000) dan kemudahan di tempat kerja (r=0.627, p=0.000) mempunyai kaitan yang signifikan ke atas tahap kepuasan kerja kakitangan JAIS. Manakala ciri-ciri demografik mempunyai kaitan positif yang lebih kuat signifikannya terutama umur dengan tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan JAIS (r=1.000, p=0.000). Berdasar kepada hasil kajian, antara cadangan yang boleh dilaksana oleh JAIS ialah memberi penjelasan terhadap polisi organisasi kepada kakitangannya dan meningkatkan kemudahan-kemudahan di tempat kerja supaya tahap kepuasan kerja semakin baik. Bagaimanapun bebanan tugas pula perlu dikurangkan agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas-tugas yang lebih penting dan utama.