Penguasaan Bahasa Melayu dan Pengaruh Sikap ke Atas Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu di Kalangan Pelatih Maktab Perguruan

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menentukan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelatih maktab perguruan dan meneroka pengaruh sikap terhadap penguasaan tatabahasa bahasa Melayu. Pendekatan kajian yang digunakan ialah korelasi dan 'Ex-post Facto' di mana seramai 400 orang res...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Sheikh, Abu Bakar
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 1999
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9168/1/FPP_1999_61_A.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menentukan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelatih maktab perguruan dan meneroka pengaruh sikap terhadap penguasaan tatabahasa bahasa Melayu. Pendekatan kajian yang digunakan ialah korelasi dan 'Ex-post Facto' di mana seramai 400 orang responden yang terdiri daripada guru pelatih tahun akhir yang mengikuti kursus asas perguruan di lapan buah Maktab Perguruan. Data diperoleh dengan menggunakan Soal Selidik dan Ujian Khas Tatabahasa. Dapatan kajian ini mendapati bahawa penguasaan tatabahasa bahasa Melayu di peringkat SPM edalah pelbagai tetapi tidak ada perbezaan di kalangan lelaki dan perempuan. Yang berbeza ialah di kalangan bangsa dan status sosioekonomi. Selain itu, sikap guru pelatih didapati mempunyai pengaruh yang rendah dan sederhana ke atas penguasaan tatabahasa semasa di maktab. Berdasarkan dapatan ini, beberapa cadangan yang praktikal disarankan agar pelatih menguasai tatabahasa bahasa Melayu.