Faktor-Faktor Terpilih yang Mempengaruhi Komitmen Keorganisasian di Kalangan Staf Bahagian Teknologi Maklumat Telekom Malaysia Berhad

Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan tahap komitmen keorganisasian dan perkaitan komitmen keorganisasian dengan pembolehubah kajian di kalangan staf di Bahagian Teknologi Maklumat, Telekom Malaysia Berhad Kajian juga bertujuan untuk mengenalpastt peramal yang signifikan kepad...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Samad, Sarminah
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 2000
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9199/1/FPP_2000_8%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan tahap komitmen keorganisasian dan perkaitan komitmen keorganisasian dengan pembolehubah kajian di kalangan staf di Bahagian Teknologi Maklumat, Telekom Malaysia Berhad Kajian juga bertujuan untuk mengenalpastt peramal yang signifikan kepada komitmen keorganisasian di kalangan staf Bahagian Teknologi Maklumat, menentukan perkaitan pembolehubah kajian dengan komitmen keorganisasian setelah mengawal pembolehubah timbalbalas sosial, menentukan pengaruh pembolehubah perantara ke atas hubungan pembolehubah kajian dengan komitmen keorganisasian dan menentukan sama ada model komitmen keorganisasian De Cotus dan Summers (1987) merupakan kerangka kajian yang sesuai untuk mengkaji komitmen keorganisasian di kalangan staf Telekom Malaysia Berhad serta menghasilkan suatu model pilihan komitmen keorganisasian yang lebih komprehensif dalam konteks Malaysia Sejumlah 292 staf daripada kumpulan eksekutif dan buan eksekutif di enam Bahagian Teknologi Maklumat telah dikaji. Kajian menggunakan soal selidik secara berstruktur dan ditadbir sendiri oleh responden. Kajian ini mendapati tahap komitmen keorganisasian di kalangan staf Bahagian Teknologi Maklumat adalah sederhana. Kajian juga mendapati komitmen keorganisasian mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan pembolehubah kriteria organisasi, umur, tempoh khidmat di Telekom Malaysia Berhad dan Bahagian Teknologi Maklumat, kepuasan kerja, kriteria kerja, nilai dan etika Islam dan kriteria bukan berkaitan kerja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembolehubah perantara timbalbalas sosial berupaya memberi pengaruh kepada hubungan pembolehubah kajian dengan komitmen keorganisasian. Penemuan kajian juga mendapati perkaitan pembolehubah kajian dengan komitmen keorganisasian adalah positif dan signifikan setelah mengawal pembolehubah perantara timbalbalas sosial.