Persekitaran Pembelajaran Secara Konstruktivisme untuk Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Kawasan Lembah Klang

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme (PPSK) untuk mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah bestari dan sekolah harlan biasa di kawasan Lembah Klang. Tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara kons...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Lo, Yoon Mee
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 2007
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9403/1/FPP_2007_30.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme (PPSK) untuk mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah bestari dan sekolah harlan biasa di kawasan Lembah Klang. Tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme mencakupi lima aspek, iaitu darl segi releven dengan individu (personal relevance), ketidakpastian (uncertainty), suara kritikal (critical voice), kawalan bersama (shared control) dan perundingan pelajar (student negotiation). Seramai 440 orang pelajar TMK dan 74 orang guru TMK telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme untuk mata pelajaran TMK adalah hanya pada tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara persepsi guru sekolah bestari (M= 99.31 , SD: 11.00) dan sekolah harlan biasa (M= 94.16, SD= 12.37), t(72)= 1.38, p= .17. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara persepsi guru lelaki terhadap kewujudan persekitaran pembelajaran seeara konstruktivisme bagi mata pelajaran TMK (M= 93.88, SD= 13.68) berbanding dengan guru perempuan (M= 95.71, SD= 11.47), t(72)= -.61 , p= .54. Perbandingan juga telah dibuat untuk mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaan persepsi terhadap kewujudan PPSK antara pelajar daripada berlainan jenis sekolah. Oapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara persepsi pelajar SMK Bestarl (M= 86.35, SD= 13.17) dengan pelajar SMK Harlan Biasa (M= 82.66, SD= l3.83), t(438)= 2.72, p=.01. Manakala persepsi pelajar lelaki (M= 85.89, SD: 12.96) berbeza seeara signifikan daripada persepsi pelajar perempuan (M= 81.55, SD= 14.78), t(438)= 3.34, p= .001.