Persekitaran Pembelajaran Secara Konstruktivisme untuk Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Kawasan Lembah Klang

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme (PPSK) untuk mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah bestari dan sekolah harlan biasa di kawasan Lembah Klang. Tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara kons...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Lo, Yoon Mee
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 2007
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9403/1/FPP_2007_30.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme (PPSK) untuk mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah bestari dan sekolah harlan biasa di kawasan Lembah Klang. Tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme mencakupi lima aspek, iaitu darl segi releven dengan individu (personal relevance), ketidakpastian (uncertainty), suara kritikal (critical voice), kawalan bersama (shared control) dan perundingan pelajar (student negotiation). Seramai 440 orang pelajar TMK dan 74 orang guru TMK telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme untuk mata pelajaran TMK adalah hanya pada tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara persepsi guru sekolah bestari (M= 99.31 , SD: 11.00) dan sekolah harlan biasa (M= 94.16, SD= 12.37), t(72)= 1.38, p= .17. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara persepsi guru lelaki terhadap kewujudan persekitaran pembelajaran seeara konstruktivisme bagi mata pelajaran TMK (M= 93.88, SD= 13.68) berbanding dengan guru perempuan (M= 95.71, SD= 11.47), t(72)= -.61 , p= .54. Perbandingan juga telah dibuat untuk mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaan persepsi terhadap kewujudan PPSK antara pelajar daripada berlainan jenis sekolah. Oapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara persepsi pelajar SMK Bestarl (M= 86.35, SD= 13.17) dengan pelajar SMK Harlan Biasa (M= 82.66, SD= l3.83), t(438)= 2.72, p=.01. Manakala persepsi pelajar lelaki (M= 85.89, SD: 12.96) berbeza seeara signifikan daripada persepsi pelajar perempuan (M= 81.55, SD= 14.78), t(438)= 3.34, p= .001.