Kesan Kepemimpinan Etika Terhadap Komitmen Afektif Dan Penglibatan Kerja Serta Peranan Tanggapan Sokongan Organisasi Sebagai Mediator

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan kepemimpinan etika ketua jabatan terhadap komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah serta mengenal pasti peranan tanggapan sokongan organisasi (TSO) dalam hubungan antara variabel tersebut. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti tahap dan hub...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hussin, Tengku Ahmad Badrul Shah Raja
格式: Thesis
語言:English
出版: 2010
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/43090/1/Tengku_Ahmad_Badrul_Shah_B._Raja_Hussin24.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan kepemimpinan etika ketua jabatan terhadap komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah serta mengenal pasti peranan tanggapan sokongan organisasi (TSO) dalam hubungan antara variabel tersebut. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan antara variabel yang dikaji. Data bagi kajian keratan rentas ini dikutip daripada 306 orang pensyarah dari lima buah politeknik Malaysia berdasarkan pecahan zon secara geografi dan menggunakan kaedah persampelan multi-stage. Data diperoleh melalui soal selidik dwibahasa yang terbahagi kepada lima bahagian, iaitu demografi responden, kepemimpinan etika, TSO, komitmen afektif dan penglibatan kerja. Data yang dikutip dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0, manakala perisian AMOS 7.0 digunakan bagi membina serta mengesahkan model-model pengukuran. Kaedah structural equation modeling (SEM) pula diaplikasikan dalam membina model-model struktur bagi tujuan menguji peranan TSO sebagai mediator antara kepemimpinan etika dengan komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah.